DUNIA WANGI AMAR ASYRAF DI FESTIVAL AROMA KITA

HOUSE OF AMAR: DUNIA BAHARU AMAR ASYRAF – FESTIVAL AROMA KITA ANJURAN PERTAMA HIMPUKAN PENGUSAHA WANGIAN TEMPATAN

 NAMA Amar Asyraf selama ini dikenali sebagai pelakon berbakat yang pernah menguasai layar perak dan drama tempatan. Namun kini, figura berusia 39 tahun itu memilih haluan baharu, meninggalkan dunia lakonan yang membesarkan namanya untuk memberi sepenuh jiwa dan raga kepada perniagaan minyak wangi melalui jenamanya sendiri, House of Amar.

Langkah berani ini diterjemahkan dengan penganjuran Festival Aroma Kita, sebuah acara bersejarah yang bakal menghimpunkan 14 pengusaha minyak wangi tempatan di Debob Event Space, PERDA, Pulau Pinang pada 30 – 31 Ogos 2025. Bermula jam 10 pagi hingga 6 petang, festival ini berperanan sebagai platform unik untuk meraikan keindahan aroma buatan anak bangsa sempena sambutan Merdeka.

“Saya tinggalkan dunia lakonan bukan kerana merajuk, tetapi kerana saya mahu fokus sepenuhnya pada dunia perniagaan. Dulu saya silap bila cuba seimbangkan lakonan dan bisnes – akhirnya kedua-duanya hancur. Kali ini saya mahu buktikan bahawa minyak wangi tempatan mampu berdiri gah di pentas arus perdana, sama seperti festival wangian di luar negara,”
Amar Asyraf, Pengasas House of Amar

Antara jenama tempatan yang turut serta ialah Hoa, Fake, Sorae, Scentic, Sephoria Scent, Meg Fragrance, Beauboss, Tres Parfum, Lancia Perfume, Nabia Parfum, Sugarbomb, Szindore, Keef & Nish serta Medin Fragrance. Festival ini dijangka menarik sehingga 2,000 pengunjung dan menjadi titik tolak kepada lahirnya lebih banyak jenama tempatan yang berkualiti, unik, serta mampu bersaing dengan jenama antarabangsa.

Bagi Amar, Festival Aroma Kita bukan sekadar karnival perniagaan, tetapi simbol aspirasi – sebuah misi untuk mengangkat industri wangian tempatan ke tahap antarabangsa. Impian beliau adalah untuk melihat setiap pengusaha tempatan memiliki kilang sendiri, seperti pengeluar minyak wangi di Timur Tengah yang berjaya membina empayar daripada jenama kecil.

House of Amar kini bukan sahaja jenama, tetapi juga platform perjuangan Amar untuk membina industri minyak wangi tempatan yang berdaya tahan, beridentiti, dan berprestij.

📌 Maklumat Festival Aroma Kita
🗓 30 – 31 Ogos 2025
📍 Debob Event Space, PERDA, Pulau Pinang
10.00 pagi – 6.00 petang
🎟 Masuk percuma untuk semua

Dengan penganjuran ini, Amar Asyraf sekali lagi membuktikan bahawa keberanian untuk melangkah keluar dari zon selesa mampu melahirkan sejarah baharu – dari dunia lakonan ke pentas keusahawanan, dari populariti ke legasi.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *