FELAI FX: TRADER GELAP – APA MAU TAKUT TAMPIL BERANI BONGKAR DUNIA PENIPUAN FOREX KE LAYAR PERAK MULAI 30 APRIL 2026
KUALA LUMPUR, 2026 – Industri perfileman tempatan bakal menyaksikan kemunculan sebuah naskhah thriller yang berani dan relevan menerusi filem terbaharu berjudul Felai FX: Trader Gelap – Apa Mau Takut, yang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 30 April 2026.
Diterbitkan oleh Teguh Setanding dengan sokongan strategik daripada Ampmoves Sdn. Bhd., filem ini mengangkat sisi gelap dunia perdagangan forex haram serta manipulasi kewangan yang semakin membimbangkan masyarakat masa kini. Menggabungkan elemen thriller, drama dan aksi, Felai FX tampil sebagai karya yang bukan sahaja menghiburkan, malah membuka mata penonton terhadap bahaya skim pelaburan palsu yang menjanjikan kekayaan segera.
Mengangkat naratif yang diinspirasikan daripada realiti semasa, filem ini membawa penonton menyelami dunia penuh tipu daya di sebalik industri pelaburan yang kelihatan meyakinkan, namun sebenarnya menyimpan pelbagai agenda tersembunyi.



