CENTELLIAN24 LEBARKAN PENGARUH GLOBAL, PERKENAL TEKNOLOGI PENJAGAAN KULIT FARMASEUTIKAL KOREA KE PASARAN MALAYSIA
JENAMA penjagaan kulit premium dari Korea Selatan, Centellian24 secara rasmi melangkah ke pasaran Malaysia menerusi pengenalan rangkaian produk berasaskan teknologi farmaseutikal inovatif, TECA (Titrated Extract of Centella Asiatica) — bahan aktif eksklusif yang menjadi tunjang kejayaan jenama tersebut di peringkat antarabangsa.
Dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal terkemuka Korea Selatan, Dongkook Pharmaceutical, yang telah beroperasi sejak tahun 1968, kemasukan rasmi Centellian24 ke Malaysia menandakan satu lagi pencapaian penting dalam strategi pengembangan global jenama itu selepas merekodkan jualan lebih 96 juta unit di seluruh dunia.
Menurut Presiden Dongkook Pharmaceutical, Lee Geun Young, kekuatan utama Centellian24 terletak pada formulasi berasaskan TECA, ekstrak berkualiti tinggi yang diperoleh daripada tumbuhan Centella Asiatica, terkenal dengan manfaat pemulihan kulit serta keupayaannya membantu menenangkan iritasi, mempercepat proses penyembuhan dan memperbaiki struktur kulit.
“Daripada setiap 100 kilogram Centella Asiatica, hanya sekitar dua peratus sahaja yang berjaya diekstrak menjadi TECA. Ini menjadikannya bahan yang sangat tulen, pekat dan jauh lebih efektif berbanding ekstrak biasa,” katanya.
Dongkook Pharmaceutical sebelum ini dikenali menerusi produk legenda mereka, Madecassol, sebelum memperluaskan kepakaran saintifik tersebut ke dalam industri kecantikan melalui pelancaran Centellian24 pada tahun 2015.
Sejak diperkenalkan, jenama itu terus menerima sambutan memberangsangkan di Korea Selatan sebelum berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, dan kini memperkukuhkan kehadirannya di Asia Tenggara menerusi Malaysia.
Pemilihan Malaysia sebagai destinasi pasaran baharu dilihat bertepatan dengan keperluan pengguna tempatan yang sering berdepan cabaran cuaca panas dan lembap sepanjang tahun yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti dehidrasi, keradangan, sensitiviti serta kerosakan akibat sinaran UV.
Melalui pendekatan “Skin Science Solution”, Centellian24 menggabungkan standard penyelidikan farmaseutikal dengan inovasi kecantikan moden bagi menghasilkan formulasi yang selamat, efektif dan sesuai digunakan dalam rutin penjagaan kulit harian.
Antara produk utama yang diperkenalkan di Malaysia termasuk:
Madeca Cream Time Reverse
Dirumus khas untuk kulit kering dengan tekstur lebih kaya bagi memberikan kelembapan intensif.
Madeca Cream Time Reverse Zero
Versi lebih ringan yang sesuai untuk kulit kombinasi dan berminyak, khususnya golongan muda.
Selain itu, inovasi terbaharu seperti Expert Madeca Cream Active Renew PDRN turut diperkenalkan bagi memenuhi permintaan global terhadap produk anti-penuaan berprestasi tinggi.
Antara manfaat utama produk Centellian24 termasuk:
✔️ Melembapkan serta menguatkan skin barrier
✔️ Menenangkan kulit dan mengurangkan kemerahan
✔️ Membantu mempercepat proses pemulihan kulit
✔️ Mengurangkan masalah tekstur dan pori
✔️ Memberikan manfaat anti-penuaan
Produk ikonik mereka, Madeca Cream, turut dikenali sebagai produk “derma-care” kerana keberkesanannya dalam membantu menangani isu tekstur kulit, parut serta tanda penuaan.
Di Korea Selatan, Centellian24 diedarkan secara meluas menerusi rangkaian farmasi dan peruncit kecantikan terkenal seperti Olive Young. Kini di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan rangkaian produk ini secara eksklusif di Watsons.
Pelancaran ini memperkukuhkan lagi kedudukan Centellian24 sebagai jenama penjagaan kulit berasaskan sains yang terus memenuhi permintaan pengguna moden terhadap produk kecantikan berkualiti tinggi, selamat dan terbukti berkesan.
Centellian24 kini tersedia di Watsons seluruh Malaysia.
#Centellian24 #DongkookPharmaceutical #SkincareKorea #BeautyInnovation #WatsonsMalaysia





