‘SEMOGA SAJA’ AISHA RETNO ADE GOVINDA BEREMOSI…

KOLABORASI AISHA RETNO & ADE GOVINDA SENTUH EMOSI PENDENGAR MENERUSI SINGLE TERBAHARU “SEMOGA SAJA”

BINTANG muda berbakat besar, Aisha Retno, sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai penyanyi generasi baharu Malaysia apabila tampil dengan single terbaharu berjudul “Semoga Saja”, hasil kolaborasi eksklusif bersama pemuzik dan produser ternama Indonesia, Ade Govinda.

Sejak memulakan perjalanan profesionalnya pada 2018, Aisha terus konsisten berkarya dengan deretan hits seperti “Mengikat Jiwa”, “Nukilanku”, “W.H.U.T”, “Pencarianku” dan “Sutera”. Popularitinya melangkaui sempadan apabila wajahnya terpampang di papan iklan digital tersohor dunia di Times Square, New York, selain pernah dipilih sebagai duta Spotify EQUAL Malaysia & Singapura pada 2022.

Kini, Aisha memperkukuh portfolionya melalui “Semoga Saja”, sebuah karya istimewa yang menampilkan sisi matang dan mendalam seorang artis. Berbeza daripada kolaborasi Ade Govinda terdahulu yang dominan dengan nuansa pop-ballad, lagu ini hadir dengan susunan tempo medium yang tetap sarat emosi, mengangkat tema kehilangan dan doa buat yang telah pergi.

Kolaborasi ini turut menyerlahkan vokal Aisha yang lembut tetapi penuh kekuatan, dibalut harmoni muzik khas sentuhan Ade Govinda yang terkenal mampu menyentuh perasaan. Lebih istimewa, Aisha juga terlibat sebagai penulis lirik bersama Ade Govinda, menjadikan “Semoga Saja” sebuah karya peribadi yang jujur dan tulus.

“Sejujurnya, lagu ini sangat peribadi buat saya kerana mewakili rasa kehilangan dan doa yang pernah dilalui ramai orang. Saya berharap pendengar dapat merasakan kejujuran dalam setiap nada serta memperoleh kekuatan daripada harapan yang tersisa,”Aisha Retno

“Kolaborasi ini adalah permulaan. Semoga ada lagi ruang untuk kami bekerjasama pada masa hadapan,”Ade Govinda

Video muzik rasmi “Semoga Saja” turut dilancarkan serentak, diarahkan oleh Bagoes Tresna Adji, dengan penggambaran di Cottage Basisir Pole, Pantai Carita, Indonesia. Visualnya menzahirkan perjalanan emosi menanti seseorang yang telah pergi, namun tetap menghadirkan ketenangan – seiring tema besar lagu ini.

“Semoga Saja” kini tersedia di semua platform digital bermula 19 September 2025, manakala video muzik rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Ade Govinda.


Kredit Lagu

Artis: Aisha Retno & Ade Govinda
Tajuk Lagu: Semoga Saja
Produser: William Chow
Lagu: Ade Govinda
Lirik: Ade Govinda, Aisha Retno
Produser Muzik: Ade Govinda
Pengarah Vokal: Barsena Bestandhi
Mix: Jones Roma
Mastering: Stephan Santoso
Label: MyMusic Records
Publisher: Kreatif Indigo Musik, Faithful Publishing


Ikuti Perkembangan Terbaharu

Aisha Retno – Instagram | TikTok | YouTube
Ade Govinda – Instagram | TikTok | YouTube
MyMusic Records – Instagram | TikTok | YouTube

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *