DRAMA AIR MATA LAGI…

TALK TO MY MANAGER : USAH BEREMOSI LAGI 😎
.
Barangkali sengaja atau disengajakan Talk To My Manager mencari rating dan viral dengan drama air mata setiap artisnya.
.
Saban minggu kita dihidangkan dengan drama yang boleh dijangka. Kalau tak yang itu menangis, yang ini menangis. Juri, host, manager dan penonton pun tumpang sekaki menangis. Alahai… sikit sikit sudahlah. Sudah masuk suku akhir pun masih bermodal air mata ke?
.
Malam tadi Amad dan Hadie juga guna skrip yang sama. Maka penonton seperti kami merasakan apa perlunya harus begitu lagi. Jika Amad kurang sihat atau terganggu emosinya, sementara Hadie terus beriya-iya menyanyi tanpa emosi itu, kita melihat semua itu bukan sesuatu yang sihat dalam kesinambungan kejayaan program Talk To My Manager.
.
Selaku manager merangkap ibu bapa, mereka perlu sedar bahawa program sebegini menuntut komitment yang tinggi. Seperti kata Dato AC, menjadi artis perlu mental dan fizikal yang kuat. Kalau mudah koyak memanglah tak ke mana nanti. Sudahnya menjadi buah mulut, prasangka, fitnah dan gosip murahan.
.
Hakikatnya apabila program membabitkan kanak-kanak, inilah risiko yang perlu ditanggung. Lebih-lebih lagi kalau job tengah lebat macam Amad itu. Mesti stress dan terbeban. Mana lagi nak berlatih setiap minggu dengan lagu baharu, soal persekolahan dan aktiviti peribadi terpaksa dibahagikan. Umur 13 tahun itu bukan selayaknya dikerah sekuat itu. Si ibu selaku manager tidak terfikirkah akibat dan risiko tindakan terlalu rakus mengejar segalanya untuk si anak?
.
Maka demikian cerita yang akan dihidangkan setiap hari di pentas hiburan dan belakang tabir dunia seni. Anehnya masyarakat kita suka benar dengan drama-drama viral begini. Pun begitu bagi saya, ianya ok pada awalnya. Lama kelamaan meluat akan jadinya. Pertaruhkan bakat sahajalah. Drama drama sebabak itu simpan di rumah dan belakang tabir sahaja.
.
Dunia seni bukan sekadar perlu viral dan drama aneh aneh sebegini, ianya perlu menyumbang sesuatu yang bermoral dan memberi inspirasi. Kalau Siti Nurhaliza boleh bertahan selama 3 dekad sebagai nombor satu dan kini digelar Legenda Muzik Asia Tenggara, apakah yang ingin menjadi artis pelapis harus berada di tahap drama-drama peribadi yang sewajarnya disimpan hanya untuk diri sendiri dan keluarga saja. Fikir-fikirkan lah ye wahai adik-adik dan cucu sekelian. 😁
.
#talktomymanagermy
#talktomymanager
#stailistalevelup 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *