REZZA SHAH – RUPA ATAU BAKAT?
.
Bila imuniti digunakan untuk mempertaruhkan bakat dan akhirnya gagal disempurnakan, makanya juri pun meluahkan seribu rasa berbekas di hati.
.
Rezza Shah Top 8 OIAM terpaksa akur dengan terhentinya perjalanan setakat itu. Beliau tidak mampu mempamerkan piawaian yang sewajarnya mengikut kehendak juri.
.
Maka demikianlah ceritanya apabila kita berbicara tentang adat pertandingan. Ketika persembahan memukau dipuji setingginya, apabila yang ditampilkan terkeluar dari kehendak, maka bersedialah untuk menerima kritikan dan seterusnya penyingkiran.
.
Pun begitu saya melihat sesiapapun yang bakal menang atau tidak sebarang pertandingan, tidak menjanjikan kemenangan berterusan pada masa hadapan. Kegagalan pada peringkat tertentu tidak memungkinkan kita akan terus gagal pada masa mendatang. Pengalaman dan usaha akan menjadikan kita matang untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
.
Hael Husaini, Yuna dan Dayang Nurfaizah meskipun bukan juara, tetap gah hingga hari ini. Cuma Tomok juara 2009, yang kekal relevan dengan prestij tersendiri.
.
Jadi untuk Rezza Shah, peluang anda masih terbuka luas lagi. Anda ada pakej untuk dikembangkan. Perbaiki apa yang perlu. Jika soal displin dijadikan alasan, maka perbaikilah hal itu. Dalam apa kerjaya pun displin adalah keperluan utama untuk kekal berjaya dan relevan. Buktikan rupa anda seiring bakat yang ada. Anggap sahaja pujian dan kritikan dari juri itu sebagai azimat untuk bekalan pada masa depan.
.
Cuma saya merasakan kita tidak perlu terlalu berkasar sangat terhadap peserta yang kurang sempurna persembahan mereka. Cukuplah seorang dua juri dari program lain yang mewakili kelompok juri yang suka marah-marah. Juri-juri OIAM wajar lebih bijak menyusun kata terkilan. Yang bertanding pun sedang mencuba yang terbaik. Anda juga begitu juga kan suatu ketika dahulu? Jadi ‘chill chill’ sahajalah. Puji sekadarnya, marah marah sayang sudahlah.
.
Untuk team OIAM, anda bertanggungjawab melahirkan bintang bernilai sejuta ringgit. Jadi pastikan yang berbaki itu mampu memberikan nilai selayak itu. Namun sehingga detik ini, saya masih mencari x-factor diantara yang masih bertahan. Barangkali Kai Deva, Jimi dan Mary Grace ada sesuatu untuk diberikan pada minggu berikutnya? Kita tunggu dan lihat.
.
Hakikatnya kita banyak program nyanyian, dan kerana itu mencari yang kekal hebat seperti Sudirman, Jamal Abdillah, Ramlah Ram yang dilahirkan melalui Bintang RTM wajar ada di OIAM. Setidak-tidak menyaingi Jaclyn Victor, Faizal Tahir, Shila Amzah dari Malaysian Idol, produk terbaik dari program TV3.
.
#CalpisSodaOIAMTV3
#OIAM
#tv3
#StailistaLevelUp Apple Kinn #rezzashah
REZZA SHAH BELUM TUMPAS





