RESPON SEDAP DAN MERDU

🔥🔥🔥🔥
RESPON MERDU DAN SEDAP : TENTANG PATAH HATI 🎭

… bila ulasan tentang isu Tok Ram mendapat perhatian dan banyak sekali komen di Tiktok saya bersetuju dan tidak kurang senang apabila saya meletakkan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza di tempat ke 4 di belakang empat lagenda yang telah pergi itu.

Sebenarnya bukan soal siapa nombor satu atau yang tercorot perlu dipertikaikan, tetapi ulasan itu tentang betapa merdu dan sedapnya keempat legenda itu menyanyikan lagu Patah Hati. Kesemuanya hebat tetapi pilihan itu adalah naluri peribadi saya sahaja.

Tahap kepiluan saya mendengar Sudirman menyanyikan lagu tersebut tak sama dengan kesedihan Siti Nurhaliza. Pun begitu keempat mereka hebat menyanyikan lagu Patah Hati tersebut. Mungkin menerusi album Siti Nurhaliza itu rasa pedihnya kurang bagi saya, namun ketika beliau menyanyikan di konsert tradisi di Istana Budaya dahulu hasilnya begitu meruntun jiwa.
Begitu juga betapa hebatnya vokal Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Nilai Cintamu – Sudirman , Hapuslah Air Matamu – Sharifah Aini dan Fantasia Bulan Madu – Search serta Kemaafan Dendam Terindah – Aishah .

Inilah yang dinamakan merdu, sedap, asyik dan gemersik. Rasa itu tak ramai penyanyi miliki . Siti Nurhaliza antara yang terhebat emosi kan setiap lagu dengan cara tersendiri. Hakikatnya pesanan untuk semua penyanyi, anda perlu miliki emosi sedap dan merdu itu terlebih dahulu, barulah anda penghibur sebenar. ✌️ #StailistaLevelUp #sitinurhaliza

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *