MOTORMANIAC 2025 : EDISI KE 4 LEBIH GEMPAK!

LEBIH BESAR, LEBIH HEBAT, LEBIH BERANI: MOTOR MANIAC TAHUNAN KE-4 SASAR 30,000 PENGUNJUNG DI ROOFTOP SKYLINE KUALA LUMPUR

 MotorManiac, jenama permotoran dan gaya hidup milik Bateriku, hari ini mengumumkan penganjuran Acara Tahunan MotorManiac Ke-4, yang bakal berlangsung pada Sabtu, 6 September 2025 di Rooftop MyTown, Kuala Lumpur.

Dengan latar langit ikonik ibu negara, acara ini dijangka menjadi edisi paling berprestij dan berpengaruh setakat ini, menghimpunkan lebih 600 kereta modifikasi daripada pelbagai kategori – termasuk kereta tempatan, JDM, Continental dan Supercar – serta disasarkan menarik lebih 30,000 pengunjung dalam tempoh sehari.

Sebagai acara tahunan yang kini melangkah ke pentas antarabangsa, MotorManiac bukan lagi sekadar perjumpaan kereta, sebaliknya telah berkembang menjadi gerakan budaya automotif yang menggabungkan kuasa kuda, seni kreatif dan gaya hidup urban dalam satu perayaan unik.

Perluasan Antarabangsa & Kerjasama Strategik

Edisi kali ini turut melibatkan rakan media global berpengaruh termasuk CarCvlT (United Kingdom), kolektif digital automotif bawah tanah terkenal; Clay Wong (Australia), wartawan permotoran dan pencipta kandungan; serta Tatsu Miyagawa (Jepun), jurugambar dan penggiat budaya JDM yang disegani.

Sidang media pengumuman yang berlangsung di Bateriku Garage (BGarage), Shah Alam, turut memperlihatkan kerjasama dengan pelbagai rakan utama seperti Astra, UVR, Retro Havoc, Printing, Kahf, dan GGR Motor, penaja rasmi seperti Mr Absorber, Kopi Saigon, Driveo, dan Petronas Lubricant, rakan streetwear Headers, Super Sunday, Abstrax, dan Choii Motorsports, serta sokongan daripada pelbagai komuniti automotif tempatan.

Festival Sehari, Pengalaman Sepanjang Zaman

Rooftop MyTown akan ditransformasikan menjadi festival kereta, muzik dan budaya dengan panorama menakjubkan Kuala Lumpur dari senja hingga tengah malam. Antara acara utama yang bakal berlangsung:

  • King of Maniac Challenge

  • ASTRA Cup: 2 Step Competition

  • Car Limbo Contest

  • Mini Diecast Expo untuk keluarga & pengumpul

  • Konsert hip-hop rooftop menampilkan ALYPH, EEMRUN, Dann N Qrack dan 53 Universe

Paling dinantikan, ASTRA Cup akan diperkenalkan sebagai trofi cabaran berprestij dengan nama juara akan diukir setiap tahun, membina legasi tersendiri dalam dunia MotorManiac.

Pengalaman Eksklusif & Cabutan Bertuah

Bagi meningkatkan keterujaan, acara ini turut memperkenalkan Cabutan Bertuah Eksklusif. Setiap pembelian barangan rasmi MotorManiac atau baucar Bateriku akan melayakkan pengunjung menerima tiket cabutan, dengan hadiah utama berupa motosikal elektrik (EV Bike) daripada GGR Motors.

“Lebih daripada Sekadar Kereta”

Menurut Pengasas MotorManiac, Mikhail Faizi (Mike), penganjuran tahun ini mencerminkan evolusi budaya automotif tanah air.

“Intipati MotorManiac sentiasa lebih daripada sekadar kereta. Ia tentang gaya hidup, komuniti dan budaya yang menyatukan. Dengan menghimpunkan semuanya di satu rooftop berlatarbelakangkan langit Kuala Lumpur, kami mencipta sebuah festival sehari yang penuh jiwa, dari pagi hingga tengah malam.”

Acara ini terbuka kepada umum dengan tiket berharga RM20, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun dan golongan OKU masuk percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *