AURA MELETOP INSOMNIACKS

INSOMNIACKS BUKTIKAN AURA: TIKET KONSERT DI KUALA LUMPUR & SINGAPURA HABIS TERJUAL, TERUS BANGKIT DENGAN SINGLE BAHARU

 Kumpulan pop rock ternama tanah air, Insomniacks, terus membuktikan pengaruh dan kekuatan jenama muzik mereka apabila tiket konsert jelajah Echoes of a Dream di Zepp Kuala Lumpur (12 Julai 2025) habis terjual dalam masa singkat. Fenomena yang sama turut tercipta di Capitol Theatre, Singapura (16 Ogos 2025) apabila tiket laris sehingga ke barisan terakhir.

Kejayaan luar biasa ini bukan sahaja membuktikan sokongan padu peminat, malah turut disusuli dengan sambutan menggalakkan terhadap cenderahati rasmi konsert yang habis terjual di lokasi. Bagi memenuhi permintaan tinggi, barangan rasmi Insomniacks kini turut ditawarkan secara dalam talian melalui umusic.my.

Momentum Kejayaan & Semangat Baharu

Menjulang pencapaian sebagai artis dengan jumlah penstriman tertinggi 2024 di Carta RIM, Insomniacks tidak berhenti di situ. Sebaliknya, kejayaan itu dijadikan pembakar semangat untuk terus memperkasa karya dan persembahan, mengekalkan relevansi sebagai kumpulan muzik pilihan generasi kini.

Momentum tersebut diteruskan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Seperti Dulu”, yang dipersembahkan buat pertama kali di konsert Singapura dan bakal dilancarkan secara rasmi pada 29 Ogos 2025.

Lagu ini sebenarnya surat cinta kami buat semua yang menyokong Insomniacks sejak mula. Tidak kira di mana mereka berada dalam hidup, setiap momen bersama tetap kami hargai,” ujar anggota Insomniacks dalam kenyataan rasmi.

Seperti Dulu: Nostalgia & Kejujuran Karya

Single “Seperti Dulu” menampilkan sentuhan nostalgia yang merujuk kepada era awal muzik Insomniacks, membawa pendengar menelusuri perjalanan mereka sejak mula.

  • Lirik ditulis bersama oleh anggota kumpulan.

  • Komposisi oleh Iqie.

  • Susunan muzik hasil kerjasama dengan komposer terkenal, Taja.

Hasilnya, lagu ini menjadi naskhah penuh kejujuran yang merangkum semangat kekeluargaan dalam berkarya, disulam dengan emosi yang dekat di hati peminat.

Merentas Sempadan – Jakarta Menanti

Selepas pelancaran rasmi pada 29 Ogos, Insomniacks akan meneruskan siri promosi ke Jakarta pada penghujung September 2025, sekaligus membawa semangat muzik mereka merentas sempadan dan mengukuhkan kedudukan di peringkat serantau.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *