CONTENT JE…

“Saya nak buat content sahaja!”
.
Inilah selalu saya ingatkan pada diri saya tentang betapa pentingnya jangan bersikap ‘ nak content’ saja atas apa segala yang terjadi di persekitaran kita. Pantang ada isu jari kita pantas mengulas tanpa selidik dahulu. Jika betul alhamdulilah tetapi jika sebaliknya?
.
Adakala disebabkan kita terlalu teruja mendengar cerita yang keluar dari pelbagai versi maka kes cikgu ini wajar dijadikan teladan.
.
Saya sendiri pun tidak dapat membayangkan betapa tragisnya kematian seseorang itu jika dimasukkan dalam mesin basuh. Hendak membayangkan pun tak sanggup, apatah lagi dijadikan cerita itu dan dijaja serta dipercayai ramai orang.
.
Memang kita memang inginkan keadilan untuk Zara. Tetapi jangan tunggang isu Zara ini keterlaluan. Esok remaja yang dikatakan terlibat dengan kes buli Zara akan dihadapkan ke pengadilan. Maka tenanglah seketika teman-teman, keadilan yang kita semua inginkan sudah mula bertemu sinarnya. Ikutilah proses seterusnya dengan hati yang waras, tenang dan damai. Kebenaran dan keadilan akan terungkai juga.
.
#JusticeForZara
#justiceforzaraQairina

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *