AINA ATAU ERNIE ![]()
![]()
![]()
.
Dengan masing-masing menerima 9 pencalonan, pelapis seni negara yang berbakat besar Aina Abdul dan Ernie Zakri bagaikan melancarkan ‘ perang karya terbaik’ mereka.
.
Jika selama ini mereka sering bersaing di pentas AJL dan pertandingan menerusi undian peminat, kali ini di AIM24 karya mereka dinilai. Siapakah yang paling terbaik diantara yang terhebat ini.
.
Pasti tumpuan pada kategori Vokal Terbaik Wanita, di mana saingan yang lain pula menanti bukan biasa-biasa. Kehadiran Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Liza Hanim dan Marsha Milan tidak memungkinkan ketiga mereka memberikan kemenangan mudah untuk keduanya mara.
.
Apapun saya tetap yakin baik Erni Zakri yang mempertaruhkan Aura dan Aina Abdul – Imaji serta Imaji Deluxe Edition, tidak akan balik dengan tangan kosong. 9 pencalonan akhir sudah pasti ada yang bakal sangkut bukan? Malam akhir Anugerah Industri Muzik ke 24 akan menjawab segala teka teki.
.
Namun ada satu hal selalu diingatkan popular tidak semestinya terbaik, terbaik pula tidak selalu popular. Nak dapat dua dua kategori terbaik dan popular seperti Siti Nurhaliza, saya pasti keduanya akan terus kental dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam berkarya seni mereka. Pasti keduanya akan terus bertahan beberapa dekad lagi.
.
AIM24 PANAS! ![]()
26 kategori, 5 finalis terbaik, RM700,000 menanti pemenang! ![]()
.
Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) umum senarai 5 finalis bagi setiap kategori AIM24 – dari Artis Baru Terbaik hingga Album Terbaik yang bernilai RM200,000!
Malam kemuncak: 13 Sept 2025
Arena of Stars, Genting Highlands
Live di RTM TV2 & RTM Klik
Siapa pilihan anda untuk bawa pulang gelaran tertinggi?
#AIM24 #RIMMalaysia #MuzikMalaysia #SamsungGalaxyA56 #SamsungGalaxyA36 #AinaAbdul #erniezakri
AINA ATAU ERNIE?





