CERITA TENTANG KHAIRUL AMING…

Oleh : Muhammad Azmi Jamaludin

LEPAS Khairul Aming update berkaitan restoran baru beliau ramai yang cakap:

“Bestnya jadi Khairul Aming buka restoran je terus berduyun-duyun orang nak datang.”

Hakikatnya, tak semudah itu untuk jadi mega influencer macam KA. Kita nampak manis di luar tapi tekanan yang KA terpaksa hadap setiap hari itu ramai tak tahu.

Kalau kita tahu realiti sebenar mungkin kita pun akan kata:

“Syukurnya aku tak jadi Khairul Aming.”

Di sini saya senaraikan cabaran besar yang KA perlu hadapi setiap hari yang ramai tak tahu.

1. Beban Konsisten dan Kualiti Yang Tak Boleh Turun

KA dah cipta standard dia sendiri:
Lighting perfect.
Script solid.
Storytelling padu.

Sikit je kualiti turun, komen akan masuk tanpa henti:

“KA nampak penat…”
“Video kali ni kurang sikit la…”
“Ni bukan standard KA…”

Influencer biasa mungkin bolehlah buat video cincai.
KA? Tak boleh.

Expectation rakyat Malaysia terhadap KA memang lain macam. Salah sikit pun orang pertikaikan.

2. Setiap Pergerakan Jadi Berita

Orang biasa pergi makan tak ada siapa peduli.

KA pergi makan?
Orang rekod, orang buat content dan orang buat spekulasi.

Privacy akan hilang. Nak keluar rumah pun kena fikir banyak kali.

3. Tekanan Untuk Jaga Reputasi 24 Jam

KA ada rekod yang cukup baik, tak ada kontroversi, tak ada rekod buruk, tak pernah bergaduh dengan sesiapa.

Tapi bila jenama kita bersih, sekecil-kecil silap pun akan dibesar-besarkan:

Salah cakap boleh viral
Tersalah info boleh viral
Staff buat silap dia juga yang kena
Pelanggan komplen dia kena justify

Bila jenama kita dah besar reputasi sangat rapuh. Sebab tu KA kena sentiasa berhati-hati.

4. Harapan Rakyat Terhadap KA Terlalu Tinggi

Orang bukan nak tengok konten sahaja orang nak tengok KA sebagai role model.

KA masak orang akan jadikan rujukan.
KA berniaga orang akan nampak Inilah usahawan yang sebenar.
KA buka restoran semua compare dengan restoran lain.

KA tak boleh ada hari down. Kena sentiasa positif sebab rakyat Malaysia tengok KA sebagai inspirasi. Kalau down pun tak boleh tunjuk pada umum.

5. Staff dan Operasi Perlu Scale Up Cepat

Influencer biasa perlukan team 2 hingga 5 orang sahaja. KA pula dah macam menjalankan sebuah syarikat besar .

Operasi Sambal Nyet pun dah ada sekitar 100-200 orang. Nak uruskan 100–200 orang ni bukan kerja kecil. Ini belum campur syarikat lain lagi. Level tekanan dia memang jauh berbeza.

6. Risiko Persaingan dan Iri Hati

Bila kita berjaya:

▶️ Ada yang cuba replicate
▶️ Ada yang cuba jatuhkan
▶️ Ada yang cemburu
▶️ Ada yang cari salah

Lagi besar nama kita lagi banyak mata memerhati.

7. Risiko Burnout Paling Tinggi

KA dah buat konten lebih 10 tahun. Tak ada cuti panjang. Setiap kali raya, orang tunggu video KA.

Setiap Ramadan, orang wajib tunggu siri masakan KA. Setiap minggu, orang expect video baru.

Nak maintain creativity,energy,quality untuk bertahun-tahun memang sangat mencabar. Tak semua orang mampu hadap.

Silap gaya memang boleh burnout teruk.

Bukan mudah nak jadi Khairul Aming. Setiap perkara akan diperhatikan, setiap langkah dinilai.

KA bukan sekadar influencer. Dia sebenarnya sedang bawa standard baru dalam industri kreatif Malaysia. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *