Pendedahan Modus Operandi Scammer Penunggang Agama
Oleh : Muhammad Azmi Jamaludin
SEPERTI yang dijanjikan semalam. Hari ini saya ingin kongsikan modus operandi seorang scammer yang suatu ketika dahulu sangat disegani dan dihormati.
Kini individu yang sama didakwa menggunakan imej agama untuk memperdayakan mangsa.
Mangsa utama dalam kes ini kebanyakannya adalah wanita khususnya suri rumah yang sedang berusaha mencari pendapatan tambahan untuk keluarga.
Saya berharap pendedahan ini dapat membuka mata dan membuatkan kita semua lebih berhati-hati terutamanya apabila melibatkan urusan kewangan dan pelaburan atas nama agama.
Individu yang dimaksudkan ialah Imran Koyube. Beberapa bulan lalu timbul persoalan di media sosial:
Imran Koyube sudah kembali?
Adakah perkara ini benar?
Hasil carian saya di Threads dan Facebook mendapati beliau memang muncul semula kali ini dengan modus operandi penipuan melibatkan travel agency.
Lebih menyedihkan salah seorang mangsa dalam kes ini merupakan sahabat saya sendiri. Isteri kepada sahabat saya mengalami tekanan emosi yang sangat teruk akibat perbuatan Imran.
Berbekalkan pengalaman sebenar ini saya akan kongsikan modus operandi Imran Koyube secara terperinci di sini.
Siapakah Imran Koyube?
Bagi yang belum mengenali latar belakang beliau berikut penjelasan ringkas.
Imran Koyube nama penuh beliau adalah Mohd Nurul Imran Koyube seorang individu yang dikenali dan sangat terkenal dalam dunia dakwah digital Malaysia.
Sekitar akhir 2000-an hingga awal 2010-an beliau dikenali sebagai:
Pada zaman kemuncaknya Imran sering dipotret media sebagai:
Beliau juga pernah:
Namun, imej tersebut berubah secara drastik apabila sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nama Imran Koyube mula dikaitkan dengan pelbagai dakwaan penipuan khususnya melibatkan pakej pelancongan.
Modus Operandi Imran Koyube Melalui Rhuvia Travel Sdn Bhd.
1. Rhuvia Travel Sdn Bhd aktif menjual Pakej Hotel 5 Bintang di media sosial seperti Threads, Facebook dan Twitter.
Mereka mendakwa boleh menawarkan harga jauh lebih murah bagi hotel-hotel terkenal seperti Marriott, DoubleTree, Hard Rock, Parkroyal, Legoland, St. Regis dan lain-lain.
2. Iklan promosi ini disebarkan oleh staf dan ejen yang dilantik. Ejen-ejen ini diajar untuk mengiklankan pakej tersebut di media sosial masing-masing tanpa menyedari mereka sedang dipergunakan.
3. Pakej ini dicipta sendiri oleh Imran Koyube. Beliau mendakwa syarikatnya dilantik secara rasmi oleh hotel-hotel untuk menjual bilik pada harga lebih murah berbanding tempahan terus atau platform seperti Booking dot com dan Trip dot com. Hakikatnya hotel-hotel tersebut tidak pernah menawarkan pakej sedemikian.
4. Dalam urusan dengan ejen dan pelanggan, beliau menggunakan pelbagai nama samaran seperti Shira, Hakim Shaari, Mr. Lee, Sumayyah, Nurul Ain dan lain-lain, kononnya sebagai staf dan pasukan jualan Rhuvia Travel. Hakikatnya beliau tidak mempunyai staf, team sales mahupun pejabat fizikal sebenar.
5. Bagi menimbulkan kepercayaan, Imran akan membenarkan sebahagian kecil pelanggan berjaya membuat tempahan dan menginap di hotel.
6. Pelanggan yang berjaya menginap akan berasa pakej tersebut sah dan legit.
7. Selepas itu, Imran akan mendapatkan database pelanggan daripada ejen dan membuat follow-up melalui WhatsApp bertanyakan pengalaman percutian mereka.
8. Beberapa hari kemudian, beliau akan menawarkan pelanggan tersebut untuk menjadi ejen tempahan hotel dengan janji komisen 10%.
9. Ejen diminta mendaftar SSM atau menggunakan SSM sedia ada serta mengeluarkan resit kepada pelanggan atas nama syarikat ejen sendiri.
10. Ejen tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang dipergunakan sebagai front dan menyangka ini adalah peluang pendapatan sampingan yang sah.
11. Ejen dibekalkan bahan iklan dan skrip promosi untuk disebarkan.
12. Pelanggan baharu akan membuat bayaran penuh kepada akaun syarikat ejen. Ejen kemudian memindahkan wang ke Rhuvia Travel selepas menolak 10% komisen (konsep dropship).
13. Maklumat pelanggan seperti nama, tarikh menginap, jenis hotel dan jumlah bayaran akan dihantar kepada Imran melalui WhatsApp.
14. Imran akan membuat tempahan hotel. Dalam sesetengah kes, tempahan dibuat tanpa pembayaran sebenar kepada pihak hotel.
15. Slip tempahan dicipta sendiri seolah-olah dikeluarkan oleh hotel tanpa resit pembayaran sebenar.
16. Apabila ejen atau pelanggan menghubungi hotel memang wujud tempahan atas nama mereka sekali gus menguatkan kepercayaan.
17. Namun 2–3 hari sebelum tarikh menginap tempahan akan dibatalkan sama ada oleh Imran sendiri atau oleh pihak hotel kerana tiada bayaran dibuat.
18. Pelanggan hanya menyedari perkara ini apabila gagal check-in, lalu berasa marah, malu dan tertipu.
19. Pelanggan akan menyalahkan ejen sedangkan ejen telah menyerahkan semua wang kepada Rhuvia Travel.
20. Apabila ejen cuba menghubungi Imran panggilan dan mesej tidak dijawab.
21. Apabila pelanggan menghubungi Imran secara langsung beliau pula menuduh ejen sebagai scammer dan menafikan penglibatan.
22. Kesalahan 100% diletakkan ke atas ejen walaupun terdapat bukti transaksi pembayaran dari ejen kepada Rhuvia Travel.
23. Akibat laporan pelanggan akaun bank ejen dibekukan tanpa siasatan menyeluruh menyebabkan ejen menjadi mangsa kedua.
24. Ejen membuat laporan polis untuk siasatan terhadap Rhuvia Travel dan Imran Koyube.
25. Ejen yang berani menuntut keadilan akan difitnah dan dipanggil scammer.
26. Selepas ejen tertekan sehingga terpaksa menjual harta bagi membayar balik wang pelanggan Imran akan mencari mangsa dan ejen baharu.
27. Beliau juga akan mendaftar SSM baharu sebagai sandaran.
28. Antara syarikat yang pernah didaftarkan:
29. Aktiviti penipuan berkaitan pelancongan ini dilaporkan telah berlaku sejak tahun 2012 dengan pelbagai laporan polis dibuat.
30. Kes ini menjejaskan reputasi hotel agensi pelancongan berdaftar dan industri pelancongan Malaysia.
31. Kenapa beliau masih bebas tanpa sebarang tangkapan ?
Sebab Imran Koyube ni tahu loophole yang ada dalam undang-undang dimana tindakan hanya boleh diambil pelanggan (akaun personal) kepada ejen (akaun bisnes) sahaja.
Manakala ejen (akaun bisnes) ke Rhuvia Travel (akaun bisnes) sukar untuk pihak berkuasa ambil tindakan kerana perlu menggunakan Mahkamah Sivil.
Ejen sudah tiada duit untuk ke mahkamah sivil dan ambil peguam. Jadi ini antara punca beliau selamat sehingga hari ini.
Nota :
Perkongsian ini bukan untuk menjatuhkan atau mengaibkan sesiapa tetapi demi kepentingan awam.
Realitinya terlalu ramai mangsa terkesan bukan sahaja hilang wang, malah mengalami tekanan emosi yang berat. Ada yang hampir berpisah ada yang kemurungan dan ada yang trauma untuk percaya sesiapa lagi.
Pendedahan ini dibuat supaya lebih ramai orang terselamat dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.





