BOXING DAY
HARI ni hari Boxing Day di Eropah dan Amerika. Tapi di Malaysia pun kena tempiasnya. Akan banyak boxing di media sosial.
Hari ini Mahkamah akan menyampaikan keputusan kes 1MDB melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
Kes ini:
Jumlah yang didakwa masuk ke akaun PM6 ialah sekitar RM2.6 bilion.
Kes 1MDB ini juga pernah digelar oleh United States Department of Justice sebagai antara kes kleptokrasi terburuk dalam sejarah dunia.
*************
APA SEBENARNYA PERTUDUHAN?
DS Najib didakwa atas:
Menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk menyebabkan wang berkaitan 1MDB disalurkan dan akhirnya masuk ke akaun peribadi beliau.
Wang tersebut didakwa dialirkan merentas negara dan akhirnya “mendarat” dalam akaun peribadi Najib, sebahagiannya dibelanjakan untuk politik dan barangan mewah keluarga.
*************
FAKTA PENTING
Ini hujah yang sama digunakan dalam kes SRC International dahulu, dan digunakan semula dalam kes ini.
*************
APA YANG MAHKAMAH NILAI?
Mahkamah tidak menilai:
Mahkamah menilai:
Ringkasnya:
Bolehkah seorang Perdana Menteri membenarkan wang awam berbilion ringgit masuk ke akaun peribadinya,
dan kemudian berlindung di sebalik alasan “saya tak tahu” dan “saya ditipu”.
*************
INGAT BALIK TAHUN 2022
Apabila Najib disabitkan kes SRC dan dihukum 12 tahun penjara serta denda RM210 juta.
Perdana Menteri UMNO ketika itu, Ismail Sabri Yaakob, menyatakan dengan jelas:
Ini kuasa mahkamah. Kerajaan tidak boleh campur tangan.
UMNO juga menyatakan mereka tidak mencampuri urusan mahkamah atau pengampunan diraja.
Semua redha.
Tiada tuduhan “mahkamah dikawal” ya.
Tuhan itu maha adil sekali. Bekas PM UMNO dijatuh hukum dan dipenjara kala UMNO jadi Perdana Menteri.
Mereka tak boleh buat apa jua. Hormati pengasingan kuasa.
************
HARAPAN RAKYAT MALAYSIA HARI INI
Jika keputusan pagi ini tidak memihak kepada mana-mana pihak:
Zaman anda pun tak boleh buat apa. Redha sahaja.
Macam mana nak harap Kerajaan orang pula.
Maka apa pun keputusan, prinsipnya patut kekal sama.
Hormati mahkamah dan pengasingan kuasa.
Salam hormat,
Liyana Marzuki





