WORLD WAR 3?

Akhirnya, perkara yang ditunggu-tunggu berlaku juga. Sekali lagi membenarkan teori “Trump perang weekend”.
 
Oleh : Ayman Rashdan Wong
 
Jadi, apa yang akan berlaku selepas ini?
Tak payah gelabah dengan “World War 3” bagai. Kita pakai logik senario sahaja.
Senario Pertama: Perubahan Rejim (“Regime Change”).
 
Ini senario yang paling dikehendaki oleh US dan Isracau. Kerajaan Iran runtuh, wujud vakum (kekosongan) kuasa, atau digantikan dengan kerajaan yang pro-US serta-merta.
Macam Venezuela. Selepas Maduro jatuh, kerajaan baharu terus “baiah” kepada US.
 
Itu kalau semua berjalan lancar. Masalahnya di dalam Iran ini pun ramai puak yang menantikan kejatuhan kerajaan Ayatollah.
Kalau berlaku vakum kuasa, puak Kurd di utara akan bangkit menuntut wilayah. Puak Baloch di selatan pun akan bangkit.
 
Kalau US dan Isracau tak dapat kawal keadaan, Iran akan jadi Iraq atau Libya yang kedua.
Senario Kedua: Iran Dilemahkan, dengan Deal yang Memihak kepada US-Isracau.
 
Ini boleh berlaku kalau US dan Isracau rasa tak perlu pergi sampai ke tahap perubahan rejim penuh, atau ada halangan macam kos yang tinggi atau tekanan antarabangsa.
 
Maka, diorang paksa Iran masuk deal untuk selamatkan air muka kedua-dua pihak. Iran yang dah dilemahkan pun tak ada banyak pilihan.
 
Iran terpaksa menghentikan program nuklear, misil balistik, atau sokongan kepada proksi, tapi tak hilang kuasa sepenuhnya.
Senario Ketiga: Stalemate (Jalan Buntu). Iran Berjaya Bertahan.
 
Ini berlaku kalau Iran buat serangan balas yang kuat (termasuk menggunakan proksi), menyebabkan kos perang US-Isracau semakin meningkat, sama ada dari segi kewangan, nyawa askar, atau sokongan awam.
 
Akhirnya, US-Isracau tak berjaya mencapai matlamat penuh, lalu membawa kepada gencatan senjata. “Status quo ante bellum” (keadaan kembali sama seperti sebelum perang).
Senario Keempat: Perang Serantau.
 
Ini senario yang parah sikit. Ia bukan lagi sekadar antara US-Isracau dan Iran saja, tapi melibatkan pemain-pemain lain.
 
China dan Rusia pun akhirnya tak mau sembang kari lagi. Diorang akan bagi bantuan secara tak langsung (tak perlu risau WW3 sebab bukan hantar tentera), macam bekalan senjata atau sokongan ekonomi.
Ini boleh memanjangkan perang, membuatkan konflik merebak ke Teluk Parsi, Lubnan dan Yaman.
Dunia pun akan terasa padahnya macam harga minyak naik gila-gila atau gangguan pada rantaian perdagangan global.
 
Apakah sikap kita?
Kita mungkin memang tak sehaluan dengan Iran dari banyak segi, samada akidah atau politik.
Tapi dari segi percaturan geopolitik global, kita kena terima satu hakikat: Iran memang merupakan penghalang utama buat US dan Isracau untuk mencapai hegemoni mutlak di Timur Tengah.
 
Kalau tak, buat apa diorang nak bersusah payah gerakkan semua aset ketenteraan semata-mata untuk menyerang?
Selagi Republik Islam Iran wujud, ia akan kekal menjadi duri dalam daging buat agenda Zayonis.
Malah, Isracau pun dah kata: kalau diorang settle dengan Iran, diorang akan alihkan sasaran kepada “Paksi Sunni” yang tengah muncul antara Turki, Saudi dan Pakistan.
 
Pakatan ini masih rapuh dan belum kukuh lagi. Kalau Iran jatuh lebih awal, blok Sunni ini memang takkan sempat nak buat apa-apa untuk cabar dominasi Isracau.
 
Sebab itulah secara realitinya, kita perlukan Iran sebagai “buffer” (penampan) yang menyibukkan US dan Isracau daripada meluaskan cengkaman ke atas negara-negara Islam yang lain.
Jadi, kita doakan agar perancangan US-Isracau tak menjadi kenyataan.
 
Semoga perang ini akhirnya menjadi titik tolak kepada permulaan kejatuhan empayar jahat (evil empire) US-Isracau.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *