TIKTOK AWARDS 2024 – KUASA VIRAL
.
Seperti juga Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Gempak, Anugerah Tiktok Awards 2024 yang bersifat memberi sepenuhnya kepada peratusan undian penentu kemenangan.
.
Maka dalam ertikata lain mereka yang memiliki penyokong, team strategi yang kuat akan berjaya. Ini soal asas jika bercerita tentang undian yang menjadi kuasa siapa layak atau tertinggal. Sejak era Akademi Fantasia lagi formula ini digunakan.
.
Mujur Anugerah khas Changemaker Of The Year yang memberi penghargaan kepada individu yang berbeza pendekatan mereka dalam memberi sumbangan pada masyarakat. Jika tiada, maka anugerah sebegini bersifat klise saban tahun. Dengan nyanyian, usik usikan pengacara serta mempromosi penaja, hanya itu.
.
Apabila meletakkan undian sebagai penentu, bagi saya ianya kurang adil pada mereka yang lebih berbakat dan menyerlah serta ada ‘sesuatu’ yang lebih luar biasa. Seperti Sofyank , saya anggap dia lebih layak bergelar Creator Of The Year. Dia ada ‘sesuatu’ yang perlu kita hargai. Dan bagaimana dengan tiktokers yang bukan dikalangan Remaja sahaja, masih ramai warga emas, pendidik, ustaz serta mereka yang tidak tertakluk pada hiburan dan video viral sahaja. Mereka juga wajar diangkat dan diketengahkan.
.
Andai pecahan keputusan adalah berdasarkan 50 peratus undian dan 50 peratus lagi dari juri bertauliah, Tiktok Awards akan lebih berprestij dan membawa ke tahap “ Level Up” yang wow.
.
Tahniah kepada semua pemenang. Seperti kata Faizal Tahir dan Khairul Aming, buatlah video yang memberi impak dan “ sesuatu” Untuk negara, bangsa dan agama. Pengaruh anda sudah ada, jadi gunakan sebaik mungkin. Kita boleh!
.





