VIRAL LAGI…

BUKAN KERANA NAMA …
.
Artikel saya tentang Kontroversi Trauma Melodi Terhangat sehingga kini mendapat tontonan 132k dan terus merentasi sempadan media sosial. Di Tiktok pun sama dengan view 27.7k. Dihimpit rapat oleh artikel The Grand Encore Komposer yang makin mencanak viewnya.
.
Ini bukan kali pertama artikel saya melepaskan tontonan 100k, sebelum ini banyak artikel lain terutama tentang Biduanita Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza mencecah 1 juta tontonan dan view. Memang kalau berkaitan Siti Nurhaliza baik artikel atau gambar memang sasaran tinggi dan USD yang di bayar Facebook akan tinggi. Alhamdulilah 🥰
.
Saya menulis bukan kerana nama. Ini minat saya sejak remaja lagi. Selaku novelis juga, saya amat kritis terhadap isu semasa selain hiburan. Pun begitu genre saya lebih kepada seni dan gaya hidup. Sesekali saya sentuh soal politik atau yang di luar kotak. Alih angin sikit. 😁
.
Menulis dan akan terus menulislah saya sehingga akhir hayat. Alhamdulillah untuk anugerah Allah ini. Semoga ianya memberi sedikit inspirasi dan teladan sesama kita. Ameen.
.
#karyaAnwarRazali
#stailistalevelup

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *