[1MDB]: MELAWAN PROPAGANDA
Siri Akhir: The Playbook ‘Mahkamah Awam’
Kerja seorang Peguambela, ialah pastikan anak guamnya mendapat keadilan. Kalau dia tidak bersalah, dilawan.
Namun kalau memang bersalah, at least hak dia tidak terabai dan hukumannya setimpal.
Namun ada juga lawyer, tambah kes berprofil tinggi, akan buat apa sahaja, by hook or by crook, untuk buat klien mereka terlepas bebas.
Kadang kita kena faham tak semestinya strategi itu perlu dibuat di Mahkamah tapi boleh guna platform lain juga.
Itu sebab kita boleh nampak dalam kes SRC dan 1MDB, banyak benda pelik2 terjadi.
Ramai persoalkan kebolehan Lawyer Shafee bawa kes. Dan strategi2 yang dia guna dalam kes SRC.
1. Lawyer di saat akhir, bertukar ganti. Kejap dipecat, kejap masuk balik.
2. Bukti diberi bukti fotostat. Yang asli tak dijejaki.
3. Alasan diberi adalah teraniaya dan ditipu. Tanpa ada bukti kredibel nak tunjuk lagu tu.
Bagi yang mengikuti kes, kita pun heran kenapa pembelaaan sangat lemah. Takkan la Shafee nak anak guam lekat kes?
Namun bila diperhati di media sosial, naratif ini diperhebatkan dengan sentimen dan persepsi. Kita tahu ini “more than meets the eyes”.
Inilah strategi sebenar.
Kerana bukti aliran wang (money trail) dana 1MDB masuk ke Akaun PM6 sangat kuat, susah nak disangkal. Kes surely lekat.
Maka, yang mereka sasarkan bukan keadilan di Mahkamah sebenar. Memang tahu susah nak menang.
Tetapi yang mereka hendak ialah “Mahkamah Pandangan Awam”
Mereka nak rakyat percaya DSN tidak langsung bersalah. Dia teraniya dan dia ditipu jua. Ini semua orang lain punya kerja. NR hanya mangsa.
Tetapi kita dah mula faham.
Sabitan kes ialah kes salahguna kuasa. Yang pegang kuasa ialah dia. Dia PM Malaysia. Negara ditipu dan hilang berbillion berpunca dirinya. Susah nak claim jadi mangsa bilamana wang haram itu dia yang belanja.
Maka, next soalan ialah kenapa nak dokongan dan kempen bersungguh kepada Rakyat. Apa Rakyat boleh buat?
Ini yang kita kena hadam.
Mereka nak kita jadi PRESSURE POINT. Menekan insitusi yang ada. Sama ada Kehakiman atau Lembaga Pengampunan. Mereka nak Rakyat bangkit dan dia dipertahankan.
Mereka tahu suara Rakyat suara keramat.
Makanya kempen di media sosial dipertingkat.
Fake account dan troll farm diguna. Menanam naratif dan propaganda. Cuba memajak Otak kita. Agar benci hakim, benci pendakwa. Habis diserang insitusi negara.
Troll farm ini bukan omong kosong. PM6 pernah dilaporkan dalam media sebagai pemimpin yang punya pengikut palsu, antara yang tertinggi di dunia.
Dalam kes 1MDB pun ada sabitan dia guna berjuta untuk progapaganda. Dana 1MDB diberi kepada proagandis dan Syarikat media.
Mahkamah terima kerana bukti money trail ini tidak disangkal Laywer.
Jadi, kita lihat fokus mereka ke mana. Bukan all out di Mahkamah. Tapi all out di media sosial.
Tapi sekarang dah nampak. Berbanding SRC, yang mereka gung-ho sekali. Kes 1MDB kali ini, serangan mereka makin melemah. Tak seperti dulu.
Mungkin kerana ramai pengikut sudah menjauhi. Kes sangkut 2 kali. Hardcore beliau makin hari makin mengecil.
Target mereka untuk merayu ke Lembaga Pengampunan selepas ini. Ini yang diharapkan untuk buat dilepas bebas.
Ramai menulis bukan kerana bencikan dia. Kita tak membenci tubuh badan. Tapi menolak tindakan. Yakni manipulasi sentimen awam dan propaganda tak bertempat. Ini team media dia telah overdone.
Bagi mereka di kayangan, kalau nak tahu sentimen awam, jangan hanya bergantung sebelah pihak sahaja.
Itu sebab saya menulis seminggu ini. Menulis fakta kes dan nas undang2 untuk imbangi naratif yang ada.
Dan tunjukkan kepada mereka, golongan bukan berparti pun ada suara. Mereka memerhati dalam diam. Tapi tak semestinya mereka tak faham.
Saya buktikan.
Posting 1MDB The Saga di wall ini dapat 3.5k shares.
4 siri explainer melawan propaganda, seterusnya konsisten dapat 1k shares ke atas.
Ini melebihi capaian kebanyakan propagandis.
Ini juga tunjukkan sentimen Rakyat di atas pagar. Bukan troll farm ya.
Mereka kongsi kerana mereka ada perasaan sama. Saya hanya tulis mewakili mereka. Sediakan platform semata.
Bagi di kayangan yang berfikir2 nak buat geng politik lepas bebas segara, tengok2kan lah sentimen rakyat biasa. Kalau pun nak ampun, biarlah habiskan separuh masa penjara. Macam yang lain juga.
Sekali lagi, kita bukan benci batang tubuh. Ada juga jasanya pada Negara. Tapi kesalahan yang satu ini susah nak ditutup mata. Takut jadi ikutan yang lain.
Bila dapat sabitan, mereka nak ampun serta merta.
Tapi kami di bawah ini tidak punya kuasa. Hanya harap pemimpin Negara faham amanah yang perlu dijaga. Jangan perkotak katik kan ia.
Kes ini akan jadi penentu. Bagaimana kita bermula kembali as a nation.
Selepas episod yang memalukan ini. Move on atau masih lagi dalam loop sama?
Bagi kita rakyat biasa, takkan putus harapan untuk Negara.
Harapan kita tetap sama.
Cepat sembuh Malaysiaku.
Doaku hanya yang terbaik untukmu… 

Salam hormat,
Liyana Marzuki





