GV11: ZEHRA ZAMBRI ‘SILENT KILLER’ ![]()
.
Bezanya umpama langit dan bumi apabila dua irama rock dan dangdut dinyanyikan. Tidak ramai penyanyi mampu memberi ‘roh’ dalam dua genre itu. Namun Zehra Zambri bagaikan pembunuh senyap. Dia hadam dengan rakus keduanya tanpa nampak canggung dan dibuat-buat.
.
Bangkit dan bingkas semenjak minggu depan, Zehra Zambri saya pasti tidak senang duduk sekarang. Beliau perlu membuktikan beliau bukan lagi penambah rasa atau ‘sekadar di pinggiran’ dalam Gegar Vaganza 11. Dia perlu ke pentas akhir untuk memberi ‘rating’ terbaik Astro kali ini.
.
Zehra Zambri mrngingatkan saya kepada Siti Nordiana. Seperti Zehra yang dipandang sebelah mata pada awal kemunculannya di GV, perlahan-lahan Nana memperlihatkan taringnya sehingga bergelar juara. Hakikatnya antara barisan juara-juara GV, Siti Nordiana berada di klas tersendiri. Nana semakin popular selepas masuk dan menang GV2.
.
Zehra Zambri pun boleh melakukan perkara yang sama. Saya berkeyakinan beliau mampu memberikan sesuatu yang lebih lagi di pentas akhir terutama menerusi lagu viral ciptaan Ajai nyanyian Asmidar, Biar Sampai Ke Bintang. Vokal Zehra sesuai dengan lagu tersebut. Tambah perasa sedikit Zehra pasti ke final.
.
Program pertandingan dengan mencabar penyanyi dengan pelbagai genre lagu seperti GV, adakala nampak janggal demi memperlihatkan kemampuan sebenar seseorang penyanyi yang serba boleh. Ada yang berjaya, ada yang tewas. Justeru pemilihan lagu yang betul adalah kunci untuk mara dan terus ‘gebrek’ seperti kata Bonda Hetty.
.
Dan melihat pada prestasi perjuangan setiap peserta, adalah tidak mustahil untuk pentas akhir GV11, jika di separuh akhir kesemuanya memberikan saingan sengit, kesemuanya akan dibawa ke final. GV sentiasa ada kejutan demi kejutan bukan?
.
Ronnie dan Sheila Abdul antara yang wajar juga berada di pentas akhir kerana mereka membuktikan mereka pun ‘ silent killer’. Sementara Liza Aziz dan Ning Baizura pasti keduanya tidak mungkin tercicir. Dan The Lima dan Dadali Dryga pula sentiasa konsisten dalam persembahan mingguan mereka. Lalu jika begitu siapa yang gagal buat persembahan terbaik di pentas separuh akhir akan menjadi mangsa.
.
Untuk Zehra Zambri teruslah keluarkan kuasa elemental tahap 3 BoBoiBoy anda itu. Terbaik. ![]()
.
#GV11
#gegarvaganza2024
#AstroGempak
#StailistaLevelUp Apple Kinn
#zehrazambri
SILENT KILLER GV11





