SERIBU TAHUN VS LELAKI DI SEBALIK PELANGI

SERIBU TAHUN VS LELAKI DI SEBALIK PELANGI 🔥
.
Dalam drama Seribu Tahun ada Dr. Zahar bersama Dr. Fakhrul dan dalam novel saya Lelaki Di Sebalik Pelangi ada Syed Ikram dan Brian.
.
Isunya di sini adalah bila mana Dr.Zahar dan Syed Ikram perlu berkahwin demi keluarga. Pun begitu konflik dalam Lelaki Di Sebalik Pelangi lebih ‘menakutkan’ ialah apabila Syed Ikram berkahwin dengan adik perempuan Brian, Ramlah.
.
Dr. Fakhrul masih lagak lelaki tetapi Brian lembut dan agak ‘nyah’. Ini perbezaan yang ketara dua watak ini. Barangkali profesion seorang doktor tidak memungkinkan Fakhrul menjadi terlalu lembut meskipun jiwa dan emosinya sebegitu. Sementara Brian seorang pereka hiasan dalaman cukup sesuai dengan penampilan separuh masaknya itu.
.
Viral drama Seribu Tahun kerana keberanian membawa isu cinta songsang . Keterbukaan stesen tv seperti Astro dan TV3 menerusi drama Keluarga Itu, Viu Bidaah bagi saya sesuatu yang berani. Selama ini soal begini kita sorok dan jarang ketengahkan. Jika ada pun boleh dibilang namun hakikatnya kes sebegini adalah sebahagian dari kisah masyarakat kita. Samada kita ingin paparkan atau sebaliknya tepuk dada tanya iman kita sendiri.
.
Seperti saya Lelaki Di Sebalik Pelangi adalah kisah pengakuan benar yang saya tulis di penghujung 90-an ketika bekerja sebagai wartawan di sebuah majalah mingguan yang cukup popular. Ianya bukan rekaan namun untuk karya akhir di novel saya tambah asam garam aji no moto untuk menyedapkan karya ke 11 saya ini.
.
Kata editor saya yang menyunting novel Lelaki Di Sebalik Pelangi saudara Azman Mohd Nawi, ketika kami berbual selepas Qiamullail pagi tadi, novel saya lebih berat kalau nak dibawa ke layar kaca atau perak.
.
Saya akui dan tidak berharap untuk sampai ke tahap begitu. Pun begitu jika ada rezeki saya sendiri akan menulis skrip lakon layar Lelaki Di Sebalik Pelangi untuk mengelak dari maksud sebenar lari.
.
“Siapa pelakon yang sesuai untuk watak Syed Ikram dan Brian itu agaknya?” usik Azman memeriahkan perbualan.
.
“Siapa agaknya ye?” tanya saya semula. Kami ada beberapa nama yang sesuai. Tapi biarlah sekadar kami sahaja yang buat cadangan. Hehehe …
.
Apa pun ada watak penting dalam Lelaki Di Sebalik Pelangi yang menjadi hero membawa Brian ke pangkal jalan. Ke fitrah seorang lelaki sebenar.
.
Jefri! Saya ada pilihan sendiri untuk watak Jefri ini. Pelakon yang sedang meningkat naik menerusi Kahar : Kapla High Council , Amir Afnaf cukup sesuai untuk watak Jefri.
.
Lelaki Di Sebalik Pelangi boleh dibaca di stailista-glamz.net untuk anda mengetahui kisah Syed Ikram, Brian, Ramlah, Bada dan Jefri.
.

Untuk info, Seribu Tahun ialah arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Emma Maembong, Azhan Rani, Noorkhiriah dan Mikael Noah. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot DramaVaganza, Astro Ria pada 5 Mac 2025 menggantikan From Saga With Love.
.
#SeribuTahun
#lelakidisebalikpelangi
#karyaAnwarRazali
#StailistaLevelUp
#AstroRia @pengikut

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *