ITIK KE AYAM ‘VENDING MACHINE’
Itik Ke Ayam? Idea asal penubuhan ialah jenama restoran yang ditubuhkan pada 1 October 2023 di Taman Melawati Kuala Lumpur dimana menu utamanya berasaskan itik dan ayam.
Dimiliki oleh selebriti terkenal tanah air iaitu Johan Raja Lawak, Johan mula dikenali apabila muncul dalam pertandingan Raja Lawak dan seterusnya menjadi penyampai Radio lebih dari 12 tahun. Johan seterusnya mengembangkan bakat dalam bidang perniagaan dengan menaikkan jenama Itik ke Ayam? Yang sudah mula di kenali di seluruh negara.
Kini Itik Ke Ayam? Melakar Sejarah baru apabila memperkenalkan produk sedia dimakan “Ready To Eat (RTE)” melalui khidmat “Vending Machine” atau juga dikenali sebagai “Itik Ke Ayam? Vending”. Untuk fasa pertama terdapat empat Lokasi strategik telah dipilih iaitu: 1) AEON BIG SEKSYEN 23 SHAH ALAM 2) AEON BIG AMPANG 3) AEON BIG WANGSA MAJU 4 ) AEON BIG TUN HUSSEIN ONN.
Fasa seterusnya akan mula dikembangkan ke banyak lagi cawangan-cawangan AEON, Lotus dan pasaraya-pasaraya lain di seluruh Malaysia. Sasaran syarikat ialah untuk memiliki 100 “Vending Machine” bagi tahun pertama dipasaran. Dimasa hadapan, Itik Ke Ayam? Vending juga akan membuka peluang kepada sesiapa yang berminat termasuk usahawan dan penggiat seni untuk menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan “vending Machine” ini.
Master Chef Celebrity Malaysia iaitu Chef Dato’ Fazley Yaakob telah dipilih sebagai rakan Kerjasama penghasilan produk pertama projek RTE Itik Ke Ayam?. Chef Dato’ Fazley Yaakob memulakan kerjaya seni pada lewat tahun 90an dan popular dengan lagu “Asmara ini”, “Bila April” dan sebagainya. Pada tahun 2012 Chef Dato’ Fazley telah Berjaya merangkul juara “MasterChef Celebrity Malaysia” seterusnya melanjutkan Pelajaran di dalam bidang “ culinary arts- Diplome de Patisserie di Le Cord Bleu (Paris), beliau juga memiliki Masters in Sugarcraft (London UK).
Produk pertama yang dihasilkan mengunakan resepi Chef Dato’ Fazley Yaakob ialah: Itik Salai Masak Lemak Cili Api dan Ayam Salai Masak Lemak Cili Api. Resepi ini telah memenangi pelbagai anugerah sebelum dijadikan sebagai produk RTE.
.
#itikkeayam
#chefdatofazley
#johanrajalawak
#itikkeayamvendingmachine
#aeon @pengikut
ITIK KE AYAM…





