REALITI SEBENAR OIAM

OIAM : REALITI SEBENAR BERMULA …
.
Ada maksud tersirat untuk keempat finalis belajar dan hadam daripada persembahan pembukaan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza di malam akhir One In A Million.
.
Seperti kata Datuk Yusry Abdul Halim kepada Marygrace; tidak ramai penyanyi yang boleh menjiwai dalam irama balada dan rancak dengan baik. Marygrace mempunyai kelebihan ini berbanding tiga finalis lain.
.
Pun begitu ingin saya tambah di sini, untuk lebih berjaya Marygrace, Kai Deva, Jimi dan Zazzleen perlu memberi lunak, merdu dan sedap dalam nyanyian mereka. Sekaligus memberi intipati kepada maksud tersirat kepada persembahan Siti Nurhaliza itu. Beliau menyanyikan tiga rentak muzik. Pop Rock, Balada dan Irama Malaysia.
.
Inilah realiti sebenar yang setiap finalis perlu ada. Jadi penghibur yang serba boleh. Adalah bonus jika mereka juga mahir menyanyikan pelbagai bahasa dan tentunya menjana kecintaan pada lagu Irama Malaysia. Saya pasti keempat ‘bintang dalam ciptaan’ TV3 ini akan terus relevan seperti mana Siti Nurhaliza sekarang.
.
Pentas akhir OIAM kemas dan sempurna dengan susunan persembahan finalis dan artis undangan. Para juri juga tahu tugas mereka dengan sebaiknya. Yusri, Ziana Zain Cakra Khan berjaya dengan misi penjurian mereka. Tidak lagi skema dan sekadar biasa-biasa. Sementara pujian harus dipuji pada juri undangan Faizal Tahir yang cukup kena berada di kerusi juri. Lontaran kritikan beliau tepat dan penuh berilmu.
.
Dan sudah pastinya kehadiran Rangga Nicholas Saputra akan diperhatikan. Ternyata pelaburan TV3 membawa si Rangga berbaloi. Kritikan beliau seumpama barisan puisi yang indah serta mengusik hati seperti sebuah adegan filem beliau. Nicholas Saputra tidak janggal dengan kata-katanya dengan tahu apa yang ingin disampaikan. Ini yang sewajarnya dicontohi. Tenang, damai dan asyik persembahan penjurian si Rangga.
.
Perjalanan Marygrace tidak mudah selepas ini. Sebagai juara beliau perlu membuktikan beliau sememangnya layak bergelar juara OIAM2024. Teruslah menjadi ikon dan idola untuk semua. Perbaiki kelemahan yang ada. Terus menjadi terbaik sebaris bintang yang ada.
.
Kai Deva, Jimi dan Zazzleen juga mempunyai masa depan yang cerah. Dengan perancangan daripada pengurusan TV3, mereka berempat bakal menjadi ‘anak emas’ dan mencipta fenomena tersendiri pada masa hadapan. Apatah lagi dengan single terkini itu ianya adalah tiket awal untuk mendekati peminat dan industri.
.
Tahniah semua. Anda semua terbaik antara yang terbaik. Semoga AJL39 nanti menjanjikan sesuatu yang lebih wow berbanding OIAM. Dan saya mengharapkan AJL40 ada diantara empat finalis ini berada di situ.
.
#CalpisSodaOneInAMillion #tv3 #oiam2024 #StailistaLevelUp Apple Kinn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *