Perkembangan terkini anda?
Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Arahan Micheal Ang . Saya memegang watak utama bernama Reena. Selain itu saya kini giat berkecimpung dalam dunia Modelling setelah lima tahun tidak aktif.
Bagaimana anda melihat perkembangan kerjaya glamour anda selepas Hero Dewi Remaja 2023 lalu?
Boleh saya katakan di sini, permulaan yang baru dalam dunia industri ini amat lah struggle tapi as time goes by, alhamdulillah everything went well…
Ceritakan pengalaman anda terlibat dalam drama hit Kelas Tahanan Cikgu Hiragi?
Semasa awal shooting rasa sangat gemuruh apabila diberitahu cerita ini akan di arah oleh Micheal Ang tetapi beliau sangatlah baik dan approachable saat shooting. Saya banyak belajar bagaimana memperbaiki mutu lakonan saya dari beliau dan mula memahami pelbagai aspek teknikal bagaimana untuk menambah baik penampilan saya di kaca tv dari sudut yang betul.
Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan ?
Berdikari, berpendirian tegas dan inovatif
Prinsip hidup anda ?
Sentiasa berfikiran positif
Mengapa memilih bidang glamour ini?
Ianya impian semenjak kecil dan sekaligus menyambung cita-cita dan keinginan mama.
Siapa idola anda dalam bidang ini?
Alicia Amin
Bagaimana anda menghadapi cabaran dan persaingan dalam bidang glamour ini?
Saya sentiasa percaya pada rezeki dan jangan berhenti berusaha. Insya-Allah ada cahaya terang menanti kita pada masa akan datang. Yang paling penting jangan mudah berasa terbaik, sentiasa ingin belalar, merendah diri dan hormat semua orang tanpa mengira siapa mereka.
Jika diberi peluang berfotografi atau berlakon dengan selebriti atau model, siapa pilihan anda? Mengapa…
Alica Amin. Bagi saya beliau sangat versatile sebagai model dan pelakon.
Moment yang tidak dapat dilupakan di sepanjang terlibat dalam bidang glamour ini?
Apabila saya ada fans sendiri dan fanclub saya bernama Qisser atau @_qisser di instagram. Sokongan mereka sangat bermakna dan tanpa mereka siapalah saya.
Cinta bagi anda adalah…
Complicated
Lelaki pilihan anda?
Seorang yang matang, berdikari dan bertanggung jawab.
Impian anda untuk 2024 dan tahun mendatang?
Saya berharap perjalanan kerjaya seni saya padatahun ni berjalan dengan lancar. Dan semoga rezeki yang lebih untuk tahun yang akan datang. Ameen.
Biodata :
Nama penuh : Qistina Rania bt Fakhrul Azzam
Nama komersil : Qist Rania
Umur : 23 tahun
Asal : Kota Bharu, Kelantan
Kerjaya : Pelakon
Adik beradik : 4
Hobi: membuat conten di media sosial
Anugerah: Finalis HeroDewi Remaja 2023
Media sosial :
Facebook: Qistina Rania
Instagram: @_qistinarania
Tiktok: @_qisrania





