PERANG RATING ; RTM APA CERITA

PERANG GV11 VS OIAM ; RTM APA KHABAR?
.
Satu ketika dahulu Big Stage 2022 terbitan Astro mempertaruhkan tema This Is Siti Nurhaliza serentak dengan pentas akhir Anugerah Juara Lagu 36.
.
Ternyata populariti Biduanita Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekali lagi digunakan pakai TV3 untuk mengunci monopoli final Gegar Vaganza 11 pada 9 Februari ini. Tambahan pula barisan artis undangan GV11 bukan biasa-biasa juga.
.
Kehadiran Kris Dayanti, Pasha Ungu, Dato’ Jamal Abdillah, Jaclyn Victor, Taufik Batisah dan kumpulan Dolla adalah pemancing selain barisan finalisnya. Pasti GV11 menjanjikan persembahan gegak gempita sebaligh usia sebelas tahunnya itu.
.
Justeru seperti biasa mana mungkin final One In A Million harus sendu dan suram bukan? Ianya perlu lebih gemilang terbilang dengan juga barisan penyanyi bertaraf A-List.
.
Saya sudah menyangka Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan ada. Tidak menyangka pula kehadiran pasangan Siti Nurhaliza menerusi mv Debaran Cinta, si Rangga Nicholas Saputra pun ada. ‘Kisah cinta’ 23 tahun lalu kembali mengamit nostalgia. Satu strategi terbaik TV3. Turut memeriahkan suasana bila Ratu Rock Ella dan Faizal Tahir pun ada.
.
Pasti percaturan kedua stesen terbaik Malaysia ini mampu membuatkan para penonton memasang dua peranti untuk menyaksikan siapa paling hebat dan wow. Perang rating siapa akan viral dan trending?
.
Persaingan sihat sebegini sesuatu yang baik untuk industri seni kita. Kita mengharapkan apa juga perjalanan akhir kedua program ini memberi impak mencanak juga kepada para finalis. Mereka patut lebih ditonjolkan berbanding artis undangan. Itu malam mereka. Sewajarnya tumpuan lebih kepada finalis.
.
Ada dua hal menarik untuk diperkatakan tentang perang rating ini. Pertamanya pengaruh Dato’ Sri Siti Nurhaliza amat berpengaruh untuk menaik rating. Jenama Siti Nurhaliza tetap relevan walau di mana stesen tv sekalipun. Aura Bintang Paling Popular Berita Harian 1996, 1997, 1998, 1999, 2000, 2001, 2004 dan 2009 sentiasa diperlukan. Fakta dan sejarah.
.
Keduanya saya juga mengharapkan RTM juga ada dalam persaingan sebegini. Bintang RTM yang gah satu ketika dahulu kini sudah hilang bisa dan taring. RTM perlu bangkit dengan Bintang RTM atau program lain yang lebih mampu menggugat. Selaku peneraju awal atau ‘abang long’, RTM tidak boleh lagi sekadar berada terbelakang berbanding Astro dan TV3. ‘Branding’ kan program Bintang RTM dengan lebih komersil. Jenama Bintang RTM ada prestij tersendiri yang tidak wajar diketepikan.
.
RTM ada Ketua Pengarah Penyiaran yang kreatif dan berjiwa segar. Datuk Suhaimi Sulaiman apa tunggu lagi? ✌️
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *