.
PERANG ALLSTAR GV
.
Perang 12 minggu akan menentukan siapa mara siapa tersingkir. Hakikatnya penentuan keputusan adalah berdasarkan persembahan siapa yang paling menarik, berbeza dan luar biasa. Bukan sekadar biasa-biasa. Inilah fakta dan senjata para peserta All Star GV 2023 jika ingin menjadi juara di kalangan juara.
.
Semuanya boleh menyanyi dan sememangnya diakui bakat mereka . Kemasukan 6 hotseat menambah gendang perang sesama mereka. Sesiapapun ingin ke pentas akhir dan tidak mahu terkeluar awal. Status juara buat mereka pasti tertekan. Namun jika kurang bijak memilih lagu atau mendapat lagu yang kurang sesuai pada minggu tertentu , anda akan tersingkir.
.
Pun begitu berdasarkan konsert minggu pertama, saya memilih Naqiu, Liza Hanim, Jac Victor, Hardy Mirza, Zamani sebagai top 5. Semoga minggu kedua terus kekalkan momentum terbaik ye. Yang lain akan terus tunjuk belang dan taring selepas ini terutama Dato’ Aishah dan Ayai selaku otai juara.
.
Apapun opening act oleh Khai Bahar dan Nadeera cukup ok. Paling best keduanya stylo . Dari nyanyian sehingga penampilan perfect. Cantik pun Nadeera ni kalau digrooming betul-betul. ![]()
.
Nabil, Jihan dan Kak Lina memang penyeri. Tanpa mereka apalah erti GV kan, begitu juga Tok Ram, Bonda Hetty dan Dato’ Naz. Saling memberi seperti biasa .
.
10 tahun GV kembali menjadi teman hari minggu saya. Inilah satu-satunya rancangan Astro yang saya kembali tunggu setiap minggu dan buat ulasan. Kepada yang tidak melanggan Astro, bolehlah tonton di aplikasi Sooka. Seperti Netflix ianya lebih variasi untuk menjadi pilihan. ![]()
.
#gv10
#gegarvaganza2023
#astrogempak
#kataeditor
#stailistaglamz2023
PERANG ALLSTAR GV





