MONGOLIA TERBAIK 
.
Barangkali ada yang anggap apalah penting sangat busana berbanding kemenangan merangkul pingat. Pun begitu kita sedia maklum untuk berada di Olimpik ini bukan sekadar pergi makan angin. Yang terpilih mewakili negara adalah pahlawan yang mempertaruhkan nama dan maruah sesebuah negara.
.
Jika busana untuk delegasi yang tidak sampai lima puluh orang pun kita ambil mudah, apa lagi yang dapat diberikan sebagai pembakar semangat pada mereka yang terpilih mewakili negara ke sukan terbesar itu. Memang, pelbagai habuan menanti jika mereka menang. Pun begitu dalam waktu yang sama, busana untuk pembarisan negara perlu jua gah dan memukau. Itu juga maruah kerana setiap negara ada identiti dan budayanya. Inilah waktunya menyelit rekaan budaya bangsa untuk tatapan dunia.
.
Komen saya tentang The Malaya rekaan Rizman Ruzaimi untuk delegasi Malaysia 2024? Terlalu sederhana dan kurang x-factor. Ianya seolah ulang tayang dengan sedikit olahan dari busana baju raya dari koleksi terdahulu. Cantik dan nampak klasik tetapi belum menyerlahkan sisi sebenar tradisi Malaysia. Saya mengharapkan sesuatu yang lebih hebat dari Rizman Ruzaini sebenarnya.
.
Lihatlah sendiri bagaimana busana team Mongolia mengadun budaya tradisi mereka ke pentas Olimpik 2024 melalui pereka fesyen tempatan terkenal, Michel & Amazonka. Gabungan rona kebangsaan biru, merah, putih dan pelbagai corak serta motif tradisional termasuk simbol ‘Soyombo’ yang ada pada bendera Mongolia. Dikatakan untuk setiap busana tersebut purata 20 jam diperlukan untuk di siapkan. Betapa telitinya mereka dalam perincian busana terbabit.
.
Hakikatnya biarpun pentas Olimpik Paris 2024, belum dibuka, bagi saya team Mongolia sudah layak dianugerah pingat Emas untuk busana terbaik Olimpik Paris 2024. Tahniah Mongolia.
.
Â
Â
Â





