Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan? Ceria, independent dan peribadi yang teguh.
Prinsip hidup anda?
Ingin sentiasa menceburi bidang dan minat yang baharu kerana perjuangan adalah prinsip utama hidup untuk terus berkembang. Saya juga ingin membanggakan ibu yang sentiasa menyokong dari kosongnya saya hingga saya yang sekarang dan ingin lebih berbakti kepada abah suatu hari nanti.
Mengapa memilih bidang modelling bidang glamour ini? Awalnya mempunyai passion dalam bidang fashion lalu terjerumus dalam dunia modelling. Saya belajar dan mencari ilmu tentang dunia modelling. Dunia modelling juga telah banyak memperbaiki karakter saya menjadi seorang yang lebih berdisiplin .
Siapa idola anda dalam bidang ini?
Model international iaitu Gigi Hadid dan Yasmin Wijnaldum.
Bagaimana anda menghadapi cabaran dan persaingan dalam bidang glamour ini? Persaingan tersangatlah sengit di dalam bidang ini kerana wujudnya model-model yang amat berkeyakinan tinggi dan lebih hebat. Tetapi apa yang membuatkan saya lebih teruja untuk kekal di posisi ini adalah dengan mengambil tunjuk ajar dan nasihat dari mereka. Jika mereka boleh melakukannya, saya juga boleh turut berjaya mengikut jejak mereka satu hari nanti!
Jika diberi peluang berfotografi dengan selebriti atau model, siapa pilihan anda? Mengapa?
Artis Mimi Lana, kerana beliau seorang yang mempunyai peribadi yang menarik, tegas dan sentiasa positif.
Momen yang tidak dapat dilupakan di sepanjang terlibat dalam bidang glamour ini?
Moment di mana saya berada di belakang tabir dan runway untuk designer pertama yang memberi peluang kepada saya iaitu Raja Syamira . Tidak lupa juga kenangan bersama designer-designer & team yang lain yang turut menaikkan nama saya hingga sekarang , team Deewa dan ramai lagi.
Impian anda untuk 2024 dan tahun mendatang ? Impian saya adalah untuk mengimpikan kehidupan yang lebih baik, maju jaya dan mempunyai visi kehidupan yang lebih tinggi!
Biodata :
Nama penuh : Nur Farhana Fadzil
Nama komersil : Far
Umur : 21 tahun
Asal : Melaka
Kerjaya : Freelance Model
Adik beradik : 2 adik beradik
Hobi: menyanyi
Media sosial:
.Facebook : farhana fadzil
Instagram – Farhnafdzl
Tiktok- Farhnafdzlll





