‘HURU HARA’ TALK TO MY MANAGER![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
.
Antara The Chosen One Xtra dan Talk To My Manager, saya pilih The Chosen One Xtra. Pencarian bakat dalam The Chosen One Xtra ada hala tujunya. Dan rata-rata pesertanya berbakat dan mampu pergi jauh sebagai pelapis anak seni.
.
Sementara Talk To My Manager setakat minggu kedua, bagi saya sebuah program hiburan famili artis. Ianya tidak memberi fokus kepada pencarian bakat sebenar seperti program realiti yang lain. Apatah lagi 60 peratus penjurian dinilai dari komitment dan prestasi si Manager dan 40 peratus lagi persembahan nyanyian.
.
Itu sebenarnya konsep Talk To My Manager untuk kita hadam. Mengejar rating dan populariti famili artis itu fakta sebenar.
.
Kita sedia maklum cerita baik buruk famili artis akan sentiasa diperkatakan dan menjadi bahan berita. Segala yang berkaitan tentang dunia artis meskipun tidak membawa manfaat untuk kita pun kita seronok baca dan tonton. Itulah realitinya.
.
Cuma apabila hanya separuh daripada peserta Talk To My Manager boleh menyanyi dengan baik, kena ada variasi lain untuk peserta yang kurang enak bernyanyi . Fokus lah pada sisi lain jugak seperti aspek sketsa komedi, lakonan, pengacaraan bersama Aznil untuk lebih mencantikkan persembahan dua minit setengah mereka itu.
.
Memang manager yang lebih diadili tetapi bintang dan bakat peserta itu patut juga lebih penting. Terus terang saya katakan saya nak tonton lebih persembahan anak-anak artis itu berbanding kisah manager mereka di pentas. Kerjaya manager belakang tabir disiarkan dalam vt sudah memadai bukan?
.
Meletakkan Ammar Ahyan setiap minggu untuk digelakkan dengan sisi selambanya itu apakah sesuatu yang baik dan sihat? Sewajarnya didiklah Ammar dengan sesuatu yang lebih mencabar untuk tasknya berbanding membiarkan dia larut dengan sisi lurusnya itu. Jika untuk live Tiktok bersama Papa Larisnya itu strategi mereka, namun janganlah dibawa keterlaluan ke pentas Talk To My Manager. Kasihan dia. Membuli namanya tu bagi saya …![]()
![]()
![]()
.
Top 3 Best Artist Talk To My Manager
Amad Dayyan
Marsya Q
Thalita
.
#talktomymanager
#amaddayyan
#StailistaLevelUp
HURU HARA TTMM





