Fenomena Siti Nurhaliza In Style
.
Melaram habis nampaknya biduanita kita ini untuk konsert Fenomena di Singapura. Enam busana anggun lagi eksklusif digayakan seiring dengan kehebatan vokal Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
.
Membariskan rekaan Fiziwoo, Ashraff Zainal, Biancabella, Samm Republic dan Ezuwan Ismail serta solekan dari Epie Temerloh, ternyata Siti Nurhaliza semakin peka dengan trend terkini dan tuntutan para peminat yang ingin beliau tetap stylo seiring status Penyanyi Nombor Satu Malaysia.
.
Pilihan saya tentunya rekaan Fiziwoo dan Samm Republic yang menyerlahkan sisi diva seorang Siti Nurhaliza. Nyatanya dalam usia 45 tahun dan 30 tahun bergelar anak seni, Siti Nurhaliza akan terus disayangi, disanjungi serta kekal di hati kerana beliau adalah permata negara.
.
Tahniah untuk konsert Fenomena dan jumpa lagi di Konsert Cinta Di Awan, Arena Of Stars, Genting, ogos 2024.





