DULU , KINI DAN TERUS SELAMANYA…
.
Dari menulis di buku nota , menaip di mesin taip, komputer hingga ladtop dan ipad serta iphone, transformasi dunia penulisan saya tetap seiring dan kekal sehingga kini.
.
Alhamdulilah, saya melalui semua momen terindah ini. Dari mula menulis di akhbar Utusan Malaysia ketika usia 17 tahun, menaip novel pertama Kekasih terbitan Creative Enterprise penerbit komik Gila Gila, menjadi wartawan di Akhbar Pentas Dunia dan PESTA , HAWA, MW, sehingga bergelar editor untuk majalah BUDAK yang sensasi di bawah Yang Mulia Raja Azmi dan seterusnya editor majalah URS- Untuk Remaja Sahaja dan kini Stailista-Glamz , segalanya adalah kenangan terhebat saya.
.
Terima Kasih untuk Amizan Ahmad atas gambar ini. URS dan Stailista adalah puncak Gemilang dan Nadi hidup saya. Banyak soal pahit manis saya lalui bersama dua jenama ini. Ianya sesuatu yang tidak mungkin terpadam dari catatan diari hidup saya.
.
Saya akan terus menulis. Ini Janji saya. Ini ikrar saya. Apatah lagi saya dan Rosscunn Abdul Aziz yang saya kenali lebih 3 dekad ketika di akhbar Pentas Dunia dan Pesta memikul tanggungjawab baharu untuk 2026. Apa amanah itu biarlah rahsia dahulu…
Dan ianya merupakan hadiah terhebat saya untuk birthday saya 29 November ini . Akhirnya sesuatu yang saya pratikkan dua tahun sempena Covid dahulu adalah bekalan terhebat untuk agenda selepas ini. ![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
.
Terima Kasih Allah atas anugerah penulisan ini. Ini dunia saya yang telah ditakdirkan. Alhamdulilah ![]()
![]()
![]()
.
#StailistaLevelUp #stailista15tahun #KaryaAnwarRazali #30hari30Cinta
DI SINI SEGALANYA BERMULA…





