AGENDA RM100
.
Pelbagai cerita, ulasan, satira, parodi di berikan sejak semalam sehingga hari ini. Masing-masing ada pandangan tersendiri. Dan kita sendiri berhak bercakap atas hak kita sendiri. Tiada siapa menghalang. Namun bercakap dan menulislah dengan akal dan kesedaran yang waras.
.
Pun begitu semalam jua hari jadi Dato’ Sri Najib yang ke 72, dan pemberian RM100 dikatakan juga sempena hari jadi Tun M ke 100. Justeru agenda RM100 telah berlangsung dalam suasana yang amat menarik terutama ketika perhimpunan yang dikatakan menghimpun 500 ribu rakyat #TurunAnwar akan berlangsung 26 Julai ini.
.
Mungkin bagi yang kaya raya, menerima RM100 itu celah gigi sahaja. Tidak menjadi apa-apa. Namun bagi yang kurang mampu besar nilainya. Ianya diberi kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas. Dan buat pengiraan sendiri jika dalam satu keluarga itu ada 6 orang ahli berusia lebih 18 tahun, ini bererti pemberian SARA RM100 sempena hari kemerdekaan Malaysia ogos ini telah dinikmati sebanyak RM600 oleh keluarga terbabit. Banyak barangan dapur dan keperluan diri boleh dibeli dengan jumlah itu.
.
Dan jika anda merasakan tidak perlu RM100 itu dermakan sahaja barangan keperluan itu kepada pihak yang memerlukan atau hantar ke masjid, NGO atau pihak yang berwajib. Ada juga pahala di sebalik pemberian anda itu.
.
Salah satu hadis Nabi SAW yang terkenal adalah, “Barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, maka ia tidak bersyukur kepada Allah,” (HR. Ahmad dan Tirmidzi). Hadis ini menekankan bahwa bersyukur kepada sesama manusia yang berbuat baik adalah sebahagian dari bersyukur kepada Allah. Lalu bersyukurlah atas segala pemberian yang diberi. Insya-Allah kita akan sentiasa dirahmati dan dilindungi kasih sayangNya.
.





