PERANG JURI GV OIAM ![]()
.
Malam ahad tentunya tidak sempurna kalau tanpa tontonan Gegar Vaganza 11 dan One In Million. Barangkali ada yang mengatakan keduanya sekadar memeriahkan industri seni, dan hanya biasa-biasa sahaja ; saya anggap keduanya masih relevan andai banyak hal ditambah baik. Program hiburan sentiasa ada pengikutnya. Maka samada suka atau tidak ianya perlu mengikut trend semasa.
.
Ini catatan pertama saya untuk kedua program utama Astro dan TV3 ini di awal 2025. Saya ada banyak pandangan tentang kedua program ini. Pun begitu untuk kali ini saya memilih memberi fokus pada juri yang menjurikan peserta. Siapakah yang masih relevan dan siapa pula patut disingkirkan untuk kelangsungan program terbabit.
.
Untuk 11 tahun Gegar Vaganza, saya masih terpesona dengan komen dan pandangan Datuk Syafinaz dan Datuk Ramli MS. Keduanya bijak memberi komen yang membina dengan ilmu seni yang bijak. Terus terang saya katakan saya lebih tertunggu komen keduanya berbanding nyanyian para peserta. Sementara bonda Hetty Koes Endang , sudah tidak relevan lagi untuk pentas GV. Beliau banyak membuang masa mengajar peserta menyanyi mengikut caranya. Bebelannya umpama sang ibu yang taksub dengan zamannya yang meminta si anak yang ada hala tuju sendiri mengikut caranya. Benar-benar bosan. GV wajar mencari juri baharu untuk musim 2025. Kita masih ramai lagi juri yang lebih bijak. Jika masih ingin wakil dari Indonesia, cari sahaja juri dari sana yang lebih berwibawa dan ‘fresh’.
.
Meletakkan Dato’ Yusry, Ziana Zain, Cakra Khan untuk Calpis Soda One In Million adalah pertaruhan terkini TV3. Menarik atau tidak gabungan mereka ini? Bagi saya untuk Dato’ Yusry boleh dibanggakan komennya. Ini julungkali beliau berada di kerusi juri, jadi kita wajar memberi ruang untuk beliau mengasah skil kritikan beliau . Saya ok dengan beliau.
.
Cuma di sini saya kurang selesa dengan kehadiran Ziana Zain. Saya melihat beliau masih belum mampu untuk menjadi juri yang berilmu. Komen beliau masih sama setiap minggu. Boleh dijangkakan apa komen yang akan beliau lontarkan. Ziana Zain harus bijak menyusun kata-kata dan memberi sedikit ilmu untuk para peserta. Ini bukan bermakna beliau perlu seperti Datuk Syafinaz yang bijak memberi komen, namun sekurang-kurangnya sebagai orang lama, Ziana Zain perlu ada ‘branding’ penjurian yang sedikit cerdik. Agak malang apabila saya melihat komen Ernie Zakri lebih bijak dan tahu menilai pada persembahan peserta. Komen Ernie lebih berilmu berbanding Ziana. Ziana Zain perlu banyak belajar bagaimana menjadi juri yang bukan hanya stylo di kerusi juri. Komen beliau jugak perlu stylo.
.
Cakra Khan sebenarnya kalau tiada pun tidak menjadi hal. Kehadiran beliau tidak menambah cantik dan meriah komen OIAM. Berbanding Ziana Zain, Cakra sedikit berjaya. Pun begitu beliau perlu lebih santai dan bersahaja. Mungkin boleh belajar dari teman seangkatan beliau yang menjuri Indonesian Idol atau The Voices.
.
Peranan juri amat penting untuk memberi rencah pada setiap program sebegini. Jika juri skema dengan komen ayat mereka, maka hambarlah program tersebut. Dan kalau juri terlebih ‘over’ pula maka rosaklah program tersebut.
.
Sebagai contoh mengapa Mas Idayu, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Adlin Aman Ramli, berjaya dengan kerja penjurian mereka. Ini adalah kerana mereka bercakap dengan ilmu dan jujur. Ini yang kita inginkan andai seseorang itu berada di kerusi juri.
.
Untuk pelapis juri saya suka dengan komen dari Yuna, Faizal Tahir, Misha Omar dan Ernie Zakri. Serta tidak lupa pada komen penjurian Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam Big Stage lalu. Beliau ada ‘trademark’ tersendiri dalam memberi komen sesuai dengan cara sopan beliau. Malahan acap kali tekaan beliau tepat ketika memberi komen di ig story beliau terhadap peserta setiap pertandingan nyanyian yang beliau tonton.
.
Juri tidak boleh syok sendiri. Jadilah juri yang berilmu dan ada perbendaharaan kata yang tinggi. Tidak semua boleh menjadi juri, dan bila terpilih sebagai juri anda juga akan dijurikan terhadap apa yang anda katakan. ![]()
.
#gegarvaganza2024 #GV2024 #OIAM #CalpisSodaOIAMTV3 #Astro #TV3
AGENDA JURI…





