ABPBH 36 SEKADAR ITU…

ABPBH 36 : SEKADAR ITU KE?
.
Ada dua soal penting untuk menjadikan sesebuah anugerah yang berteraskan undian popular menjadi sesuatu yang memberi impak pada situasi dan tontonan umum. Pertamanya, pengacara dan persembahan pembukaan serta penutup. Jika keduanya digarap dengan betul, maka berjayalah anugerah tersebut.
.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian sudah berusia 36 tahun. Lagi empat tahun menginjak 40. Lama bukan perjalanan ABPBH sehingga kini. Suatu perjalanan yang tentunya bukan mudah namun tetap dengan tujuan yang sama. Memberi ruang dan peluang kepada penyokong artis untuk menobatkan siapa yang paling popular.
.
Justeru dalam usia 36 tahun, apakah resipi sebegini masih relevan? Kelab peminat yang aktif akan berlumba mengundi. Artis yang tersohor kejayaan sepanjang tahun namun dek undian rendah akan tersisih. Ini agenda populariti yang kita momokkan saban tahun. Kelab peminat ada tugasan setiap tahun.
.
Ketepikan soal tersebut. Sudah sememangnya itu konsep ABPBH. Berbalik pada pengenalan awal saya tadi, apa yang dapat disimpulkan tiga jam menonton ABPBH 36, ianya sekadar biasa-biasa sahaja. Tiada faktor wow untuk diulas.
.
Hakikatnya sudah tiba masanya Berita Harian dan TV3 menilai semula pemilihan pengacara dalam edisi seterusnya. Belajarlah dari anugerah luar negara yang lebih berprestij dalam memilih pengacara. Tiga pengacara kali ini saya sifatkan gagal dan huru hara. Riena terlalu gedik, menjerit dan over. Hanif kurang komersil untuk pentas ini dan tentunya Didie Alias sebagai orang lama, wajar menjadi teras pengacaraan. Beliau perlu berdiri sebagai Didie Alias. Ganti nama ‘ mummy’ tidak wajar untuk digunakan ketika mengacara. Beliau lebih fokus pada penampilan daripada info yang selayaknya untuk disampaikan sejajar usia 36 tahun ABPBH itu.
.
Dalam soal ini saya merasakan Alif Satar atau Kak Engku lebih layak mengepalai majlis sebegini. Santai dan penuh prestij pengacaraan keduanya . Gabungan lama dan baharu.
.
Meletakan De-Fam sebagai pembuka acara tindakan kurang menyerlah. Persembahan pembukaan perlu lebih gah dari itu. Spider sebagai penutup pun tidak memberi impak. Serasanya hanya Dato’ M.Nasir, Ella, Anuar Zain, Ziana Zain, Faizal Tahir, Awie dan Wings serta sudah tentunya Dato’ Sri Siti Nurhaliza sahajalah antara nama yang layak untuk sebarang penutup persembahan maupun pembukaan. Yang lain perlu banyak belajar bagaimana menjadi penghibur terbaik untuk mengikat tontonan penonton.
.
Tahniah untuk yang menang. Kebangkitan artis lama nampaknya mula menular. Satu perkembangan yang baik. Kita mengharapkan penghargaan untuk yang lama dan baharu akan terus seiring dalam kepesatan media sosial kini.
.
Untuk Berita Harian, semoga edisi seterusnya lebih berprestij dan menjadi moment terbaik untuk semua. Untuk TV3, AJL nanti diharapkan tidak dibuat di MBSA ye?
.
#ABPBH36
#BeritaHarian
#TV3
#StailistaLevelUp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *