DARIPADA MIMPI KE MELODI – QADEEM ZIEMAN PERTARUH ” LAYUNYA MAWAR DI TAMAN”

Qadeem Zieman Abadikan Cinta Abadi Menerusi “Layunya Mawar Di Taman” — Balada Paling Peribadi Dalam Album Diari Kamar Cinta

 Penyanyi, penulis dan bekas peragawan, Qadeem Zieman, mempertaruhkan sebuah karya balada romantik berjudul Layunya Mawar Di Taman, naskhah yang disifatkan sebagai antara karya paling peribadi dalam album sulungnya yang sedang dalam proses produksi, Diari Kamar Cinta.

Lagu ini tercetus daripada sebuah mimpi yang amat menyentuh jiwa tentang arwah ibunya, tokoh kewartawanan dan penulis lirik yang dihormati, Zieman. Menurut Qadeem, beliau terjaga daripada mimpi tersebut pada dinihari, lalu terus menulis lirik bagi melengkapkan melodi yang telah digubah beberapa tahun lalu — seolah-olah sebuah ilham yang tertangguh akhirnya menemukan waktunya.

Layunya Mawar Di Taman bukan sekadar lagu tentang kehilangan, tetapi simbol kasih sayang yang diterjemahkan melalui kenangan, pengorbanan dan rasa syukur seorang anak terhadap ibunya. Sepanjang tahun-tahun terakhir hayat Allahyarham, Qadeem setia menjaga dan menemani ibunya yang berdepan komplikasi organ dalaman, termasuk dua kali serangan strok dan penyakit Parkinson.

Dalam tempoh tersebut, beliau menghiasi kediaman ibunya dengan aneka bunga ros me

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *