AKAUNTIBILITI
Penggal pertama beliau, saya antara yang teruja.
Polisi ekonomi beliau on point bukan sahaja kerana dasar tetapi pelaksanaan. Beliau wujudkan PEMANDU untuk memantau. Komunikasi juga sangat hebat. Slogan dan kempen yang dekat dengan Rakyat. Tapi sayang seribu kali sayang, penggal kedua beliau berakhir dengan skandal. Skandal yang beliau sendiri mengaku ditipu seorang pemuda Cina. Buatkan Malaysia hilang berbilion.
Pada saya simple, DS Najib ialah mangsa. Mangsa penipuan orang sekelilingnya.
1. Keluarga beliau yang berbelanja mewah. Anak tiri siap guna wang 1MDB buat cerita separa lucah. Anaknya tak kena. DSNR kena sebab dia SALAH GUNA KUASA.
Membolehkan wang 1MDB lepas ke Jho Low dan Jho Low masukkan ke akaun dia. Dia belanja untuk parti dan keluarga.
2. Lawyer beliau pun sama. Pembelaan paling lemah yang pernah kita saksikan. Siap serang dan fitnah Hakim. Berpusing2. Tapi depan media, theatric dia world class. Dia target Mahkamah Awam bukan Mahkamah sebenar.
Kes SRC, di Mahkamah Persekutuan langsung dia tak masukkan pembelaan. Hanya main game nak penundaaan.
Saya pernah berkata pada team DS Najib, kalau dia guna Lawyer lain, bekas Peguamcara Negara misalnya, Dato Yusoff Zainal Abidin, yang memang seorang legend, Mahkamah pun respect, mungkin verdict kes akan sedikit lain.
Paling tidak kurangkan hukuman atau lebih pandai urus pengampunan.
3. Team Media dia hauk sekali. Dia sendiri pernah komen “cytro dia mengabiskan beras”. Dengan kempen “Malu Apa Bossku” yang mereka coined, bukan sahaja membodohkan akal, tapi cuba mempengaruhi dan merendahkan akhlak anak bangsa.
Siri pembodohan dan pepandiran yang mereka buat. Dengan half truths dan propaganda. Dibantu dengan troll farm akaun palsu dan locked accounts. Berbayar dengan duit 1MDB, dari duit Rakyat Malaysia.
Mereka buat caci maki dan intimidasi. Berita yang dispin2 seolah2 rakyat Malaysia ini bodoh sekali.
Beberapa propagandis mereka bulan lepas. Siap keluar dokumen transaksi derma Raja Arab. Cytro dia berderup menjajah media sosial pertahankan duit masuk ke akaun Najib Razak memang duit Raja Arab.
Akhirnya terciduk sudah. Semalam DSNR mengaku ia bukan. Bukan derma Arab. Dia tahu ia duit 1MDB.
Bagaimana lagi propagandis ini nak memusing?
In the eyes of fence sitters dan bekas pengundi UMNO, team media dialah yang merosakkan dia.
Buat orang tambah marah kerana siri pembodohan dan kerana betapa arrogant nya mereka. Menghina dan mencaci maki Rakyat biasa.
Memang betul cakap DS Najib. Mereka menghabiskan boreh sahaja.
Ramai kesiankan DS Najib. Orangnya lembut cakapnya. Sopan sahaja. Mungkin sebab itu mudah tertipu jua. Bukan sahaja oleh Jho Low tapi orang sekelilingnya.
Namun nak buat macam mana. Itulah tanggungjawab dan amanah tertinggi atas seorang Perdana Menteri.
Apabila negara di scam dan hilang berbilion. Dia pengakibatnya, kerana salahguna kuasa. Tak boleh lari jua.
Kita doakan DSNR tenang hadapi semua ini. Dan menjadi pengajaran kepada yang lain.
Hati2 dengan orang sekeliling. Pemimpin yang mulanya baik akan dihimpit. Dan akhirnya berubah nasib. Pengakhiran yang tidak baik.
Salam hormat,
Liyana Marzuki





