MERENTAS JALUR, MERANGKUL RASA: SANTAPAN JALUR SUTERA DI WYNDHAM ACMAR KLANG

MERENTASI RASA DAN PERADABAN

WYNDHAM ACMAR KLANG MEMPERSEMBAHKAN BUFET RAMADAN 2026

“SANTAPAN JALUR SUTERA”

Klang, Selangor | Ramadan 2026

SEIRING dengan pengiktirafan Klang sebagai Bandaraya Diraja, Wyndham Acmar Klang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hotel mercu tanda yang sinonim dengan keunggulan hospitaliti dan warisan kulinari. Menyambut kehadiran bulan Ramadan yang penuh keberkatan, hotel ini dengan penuh bangga mempersembahkan Bufet Ramadan 2026 bertemakan “Santapan Jalur Sutera”, sebuah pengalaman gastronomi yang merentas budaya, tamadun dan sejarah dunia.

Bufet Ramadan ini akan berlangsung dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026, bermula dari hari pertama Ramadan sehingga dua hari sebelum Aidilfitri, setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam, bertempat di Wyndham Acmar Klang.

MENYUSURI JALUR SUTERA MELALUI RASA

Bertemakan Santapan Jalur Sutera, konsep ini mengajak para tetamu menyelusuri laluan perdagangan teragung dunia yang telah menghubungkan Timur dan Barat selama berabad lamanya. Jalur Sutera bukan sekadar laluan ekonomi, tetapi simbol pertukaran budaya, peradaban dan rasa yang membentuk identiti kulinari global.

Inspirasi buffet ini diolah daripada perjalanan rempah ratus, teknik masakan serta tradisi santapan yang lahir daripada pertembungan tamadun – bermula dari Kepulauan Melayu, China, Asia Tengah, Asia Selatan, Timur Tengah sehingga ke Mediterranean. Setiap hidangan disajikan sebagai kisah, mencerminkan kepelbagaian, keharmonian dan nilai kebersamaan, selari dengan roh dan semangat Ramadan.

Sebagai kesinambungan kepada tema-tema ikonik sebelum ini, Wyndham Acmar Klang terus memperkukuh identitinya sebagai hotel yang menjadikan warisan kulinari sebagai teras pengalaman Ramadan.

LEBIH 1,000 JUADAH ISTIMEWA

Lebih daripada 1,000 pilihan juadah istimewa disediakan, merangkumi hidangan tradisi, antarabangsa dan kontemporari. Antara yang menjadi tumpuan ialah nasi tradisi, gulai kampung, masak lemak, rendang, sambal serta pelbagai hidangan ala warung yang membangkitkan nostalgia berbuka puasa bersama keluarga.

Perjalanan rasa diteruskan ke era Dinasti Xi’an dan Han menerusi sajian seperti mee tarik dan mi tarik Xinjiang, sebelum membawa tetamu ke laluan Spice Route dengan pilihan masakan India dan Asia Selatan yang kaya dengan aroma rempah ratus.

Sentuhan Samarkand dan Mediterranean memperkayakan lagi pengalaman melalui hidangan seperti tagine, shakshuka dan makanan laut berempah. Pengalaman ini dilengkapkan dengan stesen panggang dan laut yang menampilkan kambing golek, makanan laut segar, satay serta otak-otak. Setiap stesen direka khusus bagi mencerminkan perhentian penting di sepanjang Jalur Sutera, menjadikan buffet ini sebuah penceritaan gastronomi yang menyeluruh.

HARGA & PROMOSI RAMADAN

Harga bufet yang ditawarkan adalah:

  • RM168+ – Dewasa

  • RM88+ – Warga emas (55 tahun ke atas)

  • RM78+ – Kanak-kanak (8 hingga 12 tahun)

  • Percuma – Kanak-kanak bawah 7 tahun

Sebagai promosi istimewa, diskaun pembelian awal ditawarkan dengan harga dewasa serendah RM118+, sah sehingga 10 Februari 2026.

MAKLUMAT LANJUT & TEMPAHAN

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi:
📱 WhatsApp: +6012 590 9851
Telefon: +603 3311 8850 / 8888 / 8911 / 8990
🔗 Pautan: https://whas.me/TCafeWyndh

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *