Festival Filem Asia Pasifik ke-62 Raikan Keunggulan Sinema Serantau di Kuala Lumpur
FESTIVAL Filem Asia Pasifik ke-62 (62nd Asia Pacific Film Festival, APFF62) melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang di Auditorium Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Acara berprestij ini dianjurkan oleh Federation of Motion Picture Producers in Asia-Pacific (FPA) dengan sokongan FINAS, Tourism Malaysia dan Lomo Pictures, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi penting dalam kalendar sinema serantau.
Pengiktirafan Kehormat: Legenda dan Ikon Baharu Dirai
APFF62 sekali lagi menjadi pentas menghimpunkan nama besar serta bakat baharu Asia Pasifik.
Tahun ini, ikon perfileman Hong Kong, Simon Yam (任达华) dianugerahkan Lifetime Achievement Award, mengiktiraf lebih empat dekad sumbangan beliau dalam dunia sinema.
Turut mencuri tumpuan, pelakon muda sensasi Thailand, Tontawan Tantivejakul — bintang filem The Perfect Couple dan drama Meteor Garden — diumumkan sebagai penerima “FPA Asia-Pacific Rising Icon Award”, bersama pelakon Malaysia yang semakin menyerlah, Syafiq Kyle.
Tiga Penghargaan Khas APFF62
Festival ini turut mengiktiraf pencapaian penting melalui tiga penghormatan khas:
Special Jury Award – Blood Brothers: Bara Naga
FPA Most Promising Icon Award – Lin Min Chen (Malaysia)
FPA Cultural Impact Award – Kungfu Juniors arahan Gao Zhisen
Penghormatan ini menegaskan kepelbagaian naratif dan kekuatan budaya yang menjadi nadi sinema Asia Pasifik.
12 Filem Hebat Berebut Pengiktirafan Tertinggi
Sebanyak 12 karya terpilih dari pelbagai negara dipertandingkan, antaranya:
Iran – 6AM
Indonesia – Crocodile Tears
Singapura – An Unfinished Film
Jepun – Happyend
China – LUZ
Nepal – Crawling Crows: AANKHA, Shambhala
Bangladesh – Saba, The Roots
India – Shadowbox
Thailand – Regretfully at Dawn
Korea – I Kill U
Senarai Pemenang APFF62
Anugerah Pertandingan Utama:
Filem Pendek Terbaik: Come Find Me
Anugerah Media Baharu Terbaik: 血色同学会
Skor Muzik Asal Terbaik: Shambhala
Suntingan Terbaik: LUZ
Skrip Asal Terbaik: Shadowbox
Sinematografi Terbaik: Happyend
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Rokeya Prachy – Saba
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Xiao Dong Guo – Luz
Pelakon Wanita Terbaik: Tillotama Shome – Shadowbox
Pelakon Lelaki Terbaik: Yukito Hidaka – Happyend
Pengarah Terbaik: Neo Sora – Happyend
Filem Terbaik: Crawling Crows: AANKHA
Tentang Asia Pacific Film Festival (APFF)
Ditubuhkan pada 1953, APFF merupakan antara festival perfileman serantau tertua dan paling berpengaruh. Misi utamanya ialah memajukan seni filem Asia Pasifik, meraikan pencipta filem unggul, dan membuka laluan untuk bakat baharu menembusi pasaran global.





