TERPALING 360

TERPALING 360 RAISE THE STAR
.
Barangkali benar kata Ajai, tema Terpaling 360 ini wajar diadakan selalu. Keluar dari kebiasaan menjadikan mereka lebih kreatif dan berdaya saing. Dan hasilnya minggu ke 5 Raise The Star, barisan peserta memberikan sesuatu yang lebih menyakinkan dan tampil dengan pesona tersendiri.
.
Saya bersetuju dengan The Five kali ini. Ternyata mereka berlima berada lebih sedikit ke depan berbanding yang lain. Jika mereka lebih konsisten setiap minggu Insya-Allah inilah wajah Finalist nanti.
.
Favourite saya setakat ini adalah Zury, Hariz dan Didie. Saya melihat pesona tersendiri untuk mereka menyerlah lebih lagi selepas program ini dengan bimbingan mentor dan komposer terbaik. Sementara Pasya jika kekal dengan imej minggu ke 5 ini pesonanya akan lebih menonjol. Rambut yang adakala tidak kemas sebelum ini menjadikan pesona dia sedikit terganggu.
.
Sharee Lopes perlu bersaing dengan yang lain untuk lebih selesa selepas ini. Raymee dan Scha Nuril serta Zuana pasti mengejar dari belakang. Kedudukan Lopes masih boleh diragukan jika tidak bijak strategi yang betul dalam pemilihan lagu dan konsep persembahan.
.
Carta Top 6 Stailista-Glamz Raise The Star Minggu 5 🔥🔥🔥
1. Zury
2. Didie Shazry
3. Hariz Fayahet
4. Pasya
5. Sharee Lopes
6. Raymee
.
#RaiseTheStarMalaysia
#RaiseTheStarMY
#StailistaLevelUp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *