𝗨𝗛𝗜𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗬𝗔 – 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨 𝗞𝗘 𝗧𝗔𝗛𝗔𝗣 𝗦𝗘𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗡𝗬𝗔
Edisi ke-14 Umrah, Hajj International Tourism Fair (UHIT 2025) melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang, mencatat kejayaan besar dalam menyatukan pemain industri pelancongan umrah dan haji dari dalam serta luar negara.
Majlis perasmian rasmi telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, menandakan sokongan padu kerajaan terhadap pembangunan sektor pelancongan Islamik negara.
UHIT 2025 sekali lagi membuktikan peranannya sebagai platform strategik yang mempertemukan agensi pelancongan, penyedia perkhidmatan, dan bakal jemaah dalam suasana profesional, informatif dan penuh barakah. Penganjuran ini diharap menjadi jambatan penting dalam memperkasakan industri umrah dan haji, seiring dengan kemajuan teknologi, kehendak pasaran dan keperluan jemaah masa kini.
Sekretariat Bumitra Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pengunjung, rakan strategik, pempamer dan semua pihak yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi bagi menjayakan UHIT 2025.
Jumpa lagi di UHIT 2026.





