GV11: AGENDA TERBAIK LIZA AZIZ
.
Juara Gegar Vaganza 11, Liza Aziz membawa agenda baharu dalam perjalanan kerjaya seni beliau. Siapa sangka dalam usia 62 tahun, beliau mencipta kejayaan penuh bersejarah dan momen terbaik ketika nama beliau terpinggir dan dipandang sepi sebelum ini. GV11 telah memberikan sinar penuh indah untuknya agar terus berkembang dan mengharum sebagai anak seni.
.
Walaupun saya sedikit terkilan melihat Diva seberang Kris Dayanti mencuri ‘limelight’ Liza dalam lagu Cinta; ianya terubat dengan persembahan solo Liza. Lagu I Surrender itu pasti memberikan markah yang lebih untuk beliau berbanding duet.
.
Seperti yang saya katakan pada catatan sebelumya, persaingan juara adalah antara Liza Aziz dan Ning Baizura. Ternyata ianya benar. Berada di tempat kedua, Ning juga membuktikan masa depan beliau sebagai penyanyi masih ada nyawa. Ning perlu ada strategi yang baik selepas ini. Miliki single yang merdu seperti album pertama beliau dahulu, pasti nama Ning akan mekar kembali.
.
Zehra Zambry dan Sheila Abdul pun ada ruang untuk pergi jauh. GV11 telah membuka banyak mata tentang bakat keduanya. Selama ini mereka berdua tenggelam tidak timbul sedangkan bakat ada. Justeru selepas ini teruslah melangkah lebih tinggi dengan plan yang lebih menyakinkan.
.
11 tahun GV, sudah sewajarnya ada sesuatu yang baharu untuk diberikan. Mengambil contoh program Akademi Fantasia dan OIAM yang menghadiahkan single terbaru untuk kesemua finalis, maka skrip sebegini perlu dipertimbangkan. Dengan adanya single terkini setiap finalis boleh terbang lebih tinggi dan tidak menumpang lagu orang lain di pentas akhir lagi. GV12 perlu berubah dari semua segi jika ingin terus kekal relevan dengan misinya mengilap bintang lama seperti Liza Aziz dan ramai lagi yang wajar diberi pendedahan.
.
GV12 harus berbeza. Dari pengacara ke barisan juri perlu orang lain. Jika ingin dikekalkan bagi saya hanya Datuk Syafinaz Selamat. Yang lain sila ‘kemas bagasi’ anda sekarang. Kalian tidak diperlukan lagi untuk musim akan datang. Tok Ram jadi pengarah muzik sudahlah. Di situ milik anda. Kerusi juri itu berilah peluang kepada juri baharu yang wajar digilap. Nabil Ahmad dan Jihan Muse sudah terlalu over untuk GV. Bonda Hetty dengan gepreknya itu biarlah sekadar menjadi sejarah di GV11. Sherry? Bolehlah untuk menggantikan Jihan cuma perlu ada lebih X-Factor seperti gila-gila Kak Lina Pom Pom ye. ![]()
.
#GegarVaganza2024 #GV11 #Astrogempak #StailistaLevelUp Apple Kinn
GV11 AGENDA TERBAIK LIZA AZIZ





