THE MALAYA
.
Inspirasi dari Baju Melayu Teluk Belanga dan Kurung, dipersembahkan oleh pereka tersohor, Rizman Ruzaini untuk busana resmi delegasi Malaysia di Olimpik Paris 2024.
.
The Malaya memaparkan rekaan eksklusif dengan budaya Melayu serta momen kemerdekaan, ternyata kelihatan klasik dan “simple but classy “ ini juga diharap dapat menyuntik semangat juang para atlit untuk menghadiahkan pingat emas untuk Malaysia.
.
Penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan sebagai pembawa bendera Malaysia pada Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
.
Selamat berjuang semua. Gegarkan bumi Paris dengan kehebatan anda. Kita mampu . Malaysia Boleh.
.
.
Kredit : Rizman Ruzaini / Olimpik Malaysia





