WAJAH KEKASIH

WAJAH KEKASIH…
.
Saya sejak dahulu lagi kerap kali menggelarkan Khai Bahar adalah Siti Nurhaliza versi lelaki. Pakej yang beliau miliki dari segi permulaan kerjaya seni, personaliti, sokongan kelab peminat serta sentiasa mengikut trend amat mirip dengan biduanita kita itu.
.
Dan apabila melihat keterujaan Khai berduet di Konsert Fenomena Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi lagu Wajah Kekasih dan Cinta Syurga, saya melihat angan-angan Khai untuk sepentas dengan Siti Nurhaliza antara impian yang telah sempurna. Dari sekadar menyimpan angan dan cover lagu Wajah Kekasih dan lagu Siti Nurhaliza yang lain sebelum ini, kini mereka digandingkan di pentas yang gah.
.
Khai Bahar membuktikan angan-angan itu bukan sesuatu yang mustahil. Sebagaimana konsert solonya di DFP dahulu, Khai Bahar berjaya meletakkan tanda aras yang baik untuk kesinambungan kerjaya seninya. Cuma harus bijak memilih lagu terbaik untuk terus kekal relevan di hati para peminat dan industri kita.
.
Mungkin sesuatu yang bukan mustahil juga andai Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Khai Bahar berkolaborasi dalam single berkonsep irama Malaysia. Saya yakin idea ini wajar dipertimbangkan keduanya kerana kemerduan suara keduanya cukup padan untuk menyanyikan lagu irama tradisi kita ke tahap yang lebih antarabangsa. Ini angan saya yang Khai Bahar dan Siti Nurhaliza perlu penuhi. Mungkin bukan hanya angan saya, tetapi para SitiZoners dan KhaiBaharEmpire pun tentu setuju.
.
Sudah tiba masanya Siti Nurhaliza kembali dengan konsert irama tradisi sebagaimana gahnya persembahan lagu-lagu Studio Jalan Ampas yang dihidangkan pada konsert Fenomena di Singapura. Sebagaimana Dayang Nurfaizah dan Hael pernah melagukan Gurindam Jiwa, tentunya Gurindam Jiwa gabungan Siti Nurhaliza dan Khai Bahar lebih asyik dan menggoda jiwa. Nyatanya bukan hanya Gurindam Jiwa, lagu nostalgia 50an hingga 70an pun wajar di kembali kan keduanya dengan nafas baharu. Pasti hasilnya memukau dengan kolaborasi Siti Nurhaliza dan Khai Bahar. Pasti .
.
#KhaiBahar
#KhaiBaharEmpire
#SitiNurhaliza
#SitiZoners
#SitiNurhalizaFenomena
#StailistaGlamz2024

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *