SUTERA AISHA RETNO

Bagaimana perasaan anda apabila melangkah ke pentas Juara Lagu 38 dan sekaligus mendapat tempat kedua menerusi Sutera dan persembahan terbaik?
lagu Sutera ini merupakan lagu yang Aisha paling sayang, ianya sesuatu yang berbeza dari karya Aisha sebelum ini. Sebelum ini selalu bergenrekan balada dan RnB. Lagu ini ciptaan bersama Aisha dan komposer MFMF. Kami tulis lagu ni bersama-sama. Apabila lagu ini terpilih ke pentas AJL, pada awalnya amat bersyukur kerana menjadi antara finalist. Niat kami hanya ingin membuat terbaik. Apa yang terjadi selepas itu kami ambil sebagai pengalaman dan sesuatu yang kami akan ingat sebagai. Keyakinan Aisya untuk Sutera ini, semua orang boleh mendengar mesej-mesej yang Aisya sampaikan. Dan apabila ianya diiktiraf dalam AJL38 ianya sesuatu yang amat mengharukan. Ternyata percubaan kali pertama ke pentas Juara Lagu membuahkan hasil yang berbaloi. Aisha anggap ianya batu loncatan untuk Aisha terus memberikan karya yang terbaik selepas ini.


Apa nasihat anda kepada para remaja yang ingin bergelar anak seni?
Jadilah diri sendiri, ada trademark tersendiri, jangan terikut sangat kepada orang lain, boleh ambil sebagai inspirasi tetapi ubah dan adunkan semua sehingga menjadi kepunyaan anda sendiri. Carilah anda punya keunikan dan sesuatu orang boleh high light apabila mereka bercakap tentang diri anda.

Pengaruh media sosial ada baik dan buruknya, bagaimana anda melihat situasi ini dalam perkembangan kerjaya seni anda?
Untuk Aisha, sudah pasti ada baik dan buruknya media sosial ini. Bagaimana cara kita handle setiap situasi dan filterkan sikit apa yang kita nak lakukan. Sebagai anak seni, ianya satu platform terbaik untuk mengembangkan bakat seni yang kita ada. Gunakan secara sebaiknya. Yang buruk kita tinggalkan, yang baik kita jernihkan lagi. Terapkan amalan yang baik untuk media sosial, jadikan media sosial cara terbaik untuk kita berhubung dengan para peminat dan penggiat seni yang lain.


Bagaimana anda menerima persaingan dan kritikan?
Menyentuh tentang persaingan, sepanjang empat tahun Aisya bergelar anak seni, persaingan yang Aisha lalui amatlah sihat, maupun di Malaysia ataupun luar negara, Indonesia. Bagi Aisha, apabila kita mengambil persaingan itu sebagai sesuatu yang sihat, maka persekitaran anda juga akan menjadi sihat. Untuk diri kita sendiri jangan jadi toxic dahulu. Insya-Allah, kalau orang lain nak menjadi toxic terhadap kita pun pasti berasa terkilan untuk melemparkan soal tersebut kepada kita . Untuk kritikan pula Aisha ambil secara baik, tetapi kalau ada yang melampaui batas, Aisha akan balas dengan cara yang seimbang tanpa memburukkan pihak terbabit dan dalam waktu yang sama tidak berkata ya dengan apa yang dikatakan mereka itu. Kalau kita tau kita betul, kita balas dengan kebaikan.


Mengembangkan bakat ke tanah seberang Indonesia adalah idaman setiap artis , apatah lagi ibu anda sendiri dari saya, bagaimana anda melihat kelebihan ini?
Alhamdulilah, awal 2023 saya sudah diberi peluang luas oleh label saya dan Sony Indonesia untuk mempromosi single inggeris saya W.H.U.T yang mencecah strim hampir 50 juta di pelbagai platform dan mendapat perhatian hangat dari para pendengar dari Indonesia. Itulah moment yang saya tidak dapat saya lupakan. Bukan sekadar dapat mempromosi lagu tetapi dapat beraksi di pentas RCTI, tv show yang cukup besar di Indonesia. Insya-Allah jika diberi peluang untuk terus mengembangkan bakat ke sana saya akan katakan yes. Mereka sudah mengenali saya dengan lagu inggeris saya di sana. Insya-Allah kalau ada rezeki saya akan datang lagi untuk 2024.


Anda dikatakan antara pelapis dunia seni yang wajar diberi perhatian, bagaimana anda melihat pujian ini?
Aisha sudah berjanji ketika melangkah ke dunia seni ini, Aisha tidak mahu main main kerana bidang ini impian Aisha dan kerjaya yang Aisha idam-idamkan. Mungkin untuk mengecapi kejayaan yang besar itu mungkin lambat lagi. Aisya selalu setkan dalam minda yang untuk sentiasa buat terbaik dan ada visi tersendiri sebagai anak seni.

Ucapan anda untuk para penyokong anda?
Aisya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong Aisha yang sudi support Aisha selama 4 tahun bergelar anak seni.. Jasa-jasa andalah yang membuahkan hasil kepada kerjaya seni Aisha. Satu demi satu Allah berikan rezeki untuk Aisha, dan rezeki ini tentunya kerana doa dan sokongan kalian semua juga.

Biodata :
Nama penuh : Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulizam
Nama komersil : Aisha Retno
Umur : 23 tahun
Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Adik beradik : 2
Hobi : Menyanyi, penulis lagu
Media sosial : @aisharetno02

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *