Perkembangan terkini anda? Zaki baharu selesai dengan peperikaan SPM, Insya-Allah jika tiada aral Zaki akan muncul dengan lagu raya dan single terbaru sebagai hadiah untuk para peminat dan penyokong Zaki Yamani selama ini.
Tamat peperiksaan SPM, bagaimana anda melihat prestasi anda dalam peperiksaan ini dan perancangan anda selepas ini? Zaki sudah berusaha sehabis baik untuk SPM ini, semoga kejayaan akan menjadi milik Zaki nanti, sementara menunggu keputusan SPM, Zaki fokus pada undangan menyanyi dan berlakon. Selepas dapat keputusan SPM nanti, barulah Zaki akan membuat perancangan untuk sambung belajar pula.
Ulang tahun ke 17 anda di sambut meriah di Nando’s Damansara terutamanya dengan kehadiran ayahanda tercinta, bagaimana perasaan anda waktu itu? Zaki amat terharu dan bersyukur kerana dapat meraiukan ulangtahun bersama seisi keluarga, teman artis, peminat dan media. Tentunya kehadiran babah kenangan terindah kerana sudah lama kami tidak menyambut hari jadi bersama. Perasaan rindu itu terubat dengan kehadiran babah.
Populariti anda selepas menang Famili Duo terus melonjak tinggi, apakah anda terkejut dengan kejutan populariti dan undangan show tanpa henti ini? Alhamdulillah ini rezeki dri Tuhan. Zaki amat gembira kerana orang lebih mengenali Zaki sekarang.
Masih dalam jiwa remaja, tentunya anda ada impian atau hobi lain sekiranya tidak terlibat dengan bidang nyanyian? Hobi Zaki sememangnya menyanyi sahaja.
Apakah pesanan keramat yang Pernah diberikan oleh Dato’ Jamal Abdillah? Buat sehabis baik.
Sekiranya ada versi drama atau filem Azura lakonan Zaki sebagai Zack apakah anda berani menyahut cabaran ini? Zaki akan cuba melakon kan watak Zack dengan sebaik mungkin. Mungkin tidak sehebat Dato’ Jamal Abdillah, tetapi Zack versi Zaki Yamanilah kan. Tentu ada kelainan tersendiri.
Single terkini anda Mati Rasa sudah berada disemua platform apa harapan anda dengan single ini? Zaki amat berharap semua pendengar dapat menerima single terkini ini dan terus mendengarkan Mati Rasa. Ianya sebuah lagu balada yang pasti sesuai untuk sesiapa yang sedang untuk ‘healing’.
Apakah ada projek duet terkini anda bersama Dato’ Jamal Abdillah dan abang anda Osama? Setakat ini tiada, tetapi lagu kami Tangan Yang Melambai sudah dikeluarkan pada 2023. Jemput dengar ye…
Untuk 2024 ini Apa visi dan perancangan anda sepanjang tahun? Selain terus memantapkan mutu vokal dan persembahan, Zaki akan mencuba dalam bidang lakonan.
Sebagai artis remaja yang paling popular, Apa nasihat anda untuk para remaja untuk menceburi bidang seni ini dan pesan terbaik dari anda? Dalam apa perkara sekalipun kita perlu sentiasa humble, tidak sombong dan bekerja keras. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Segalanya perlu bermula dari bawah. Jatuh bangun, jatuh bangun sehingga kita berjaya berlari dan melangkah dengan gagah.
Tentunya dalam usia remaja ini, ada godaan cinta monyet yang datang, apakah waktu ini anda ada seseorang yang istimewa di hati?
Hahaha.. setakat ni belum ada. Zaki masih banyak perancangan untuk kerjaya seni. Soal lain kita bincang kemudian.
Kereta Favourite idaman anda? Porsche 911 turbo S dan BMW M4 series
Ucapan anda untuk semua penyokong anda ? Zaki ingin mengucapkan terima kasih kerana sokongan kalian, teruskan menyokong dan stream lagu-lagu Zaki Yamani. di semua media platform.





