BEN – sebuah inspirasi 
.
Novel ke dua saya, Ben adalah inspirasi dan tanda kenangan saya ketika mengajar di Pusat Pemulihan Cheras, Kajang. Waktu ini saya mengajar bidang vokasional dalam bidang jahitan dan fesyen . Dan lebih istimewanya para murid saya umurnya ada yang sebaya saya. Ada pelajar saya Ahmad Kamal sama tarikh lahir dengan saya. Al-Fatihah buat beliau.
.
Di sini bukan hanya mereka yang ada kehilangan upaya sejak lahir tetapi semua golongan ada. Ada yang kemalangan , terbakar, cacat sejak kecil dan pelbagai lagi perihal masalah hilang upaya.
.
Di sini juga saya belajar banyak tentang erti kesungguhan, kesabaran , tanggungjawab dan nilai syukur yang tinggi . Hakikatnya ada pelajar saya boleh menjahit dengan kaki. Anda mampu ?
.
Jika kita merasakan hidup kita susah, sebenarnya ada lagi yang lebih sukar dari apa yang kita lalui. Dedikasi saya untuk para guru yang berbakti tanpa lelah untuk anak bangsa. Dan untuk semua murid-muridku, cikgu Anwar doakan perjalanan hidup anda semua dalam perlindunganNya.
.
Rindu pada kenangan lalu kita. Kita abadikan di sini untuk memori bersama.



.





