VISI JUTAWAN ELVEENA

Ceritakan siapa anda? Saya Elveens Iris dan berasal dari Johor. Saya adalah seorang anak seni dan juga usahawan. Kerjaya saya bermula sebagai seorang model di Jepun dan Malaysia. Saya juga melibatkan diri dalam bidang lakonan dan nyanyian dan pernah berlakon dalam beberapa buah filem. Dibidang nyanyian pula saya pernah menghasilkan berberapa buah album single dan juga pernah menyanyikan lagu tema filem Hantu Air dan lagu ‘Aku Cinta Padamu’ arahan pengarah terkenal, Murali Abdullah. Saya juga pernah menyanyi untuk telemovie Kasut dengan lagunya- Memang Benar.

Saya sering juga dijemput menyanyi di majlis-majlis rasmi di Malaysia dan luar negara. Saya juga pernah menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi. Pada 2023 saya dinobatkan sebagai Juara Masmona dalam pertandingan mencari Masmona 2023. Juga pernah menjadi duta kepada berberapa produk kecantikan.

Saya mula bergiat dalam bidang keusahawanan bagi memantapkan kerjaya saya. Saya menjadi pengasas produk kesIhatan ‘ So Sweet Coffee’ dan kemudiannya beberapa produk lain seperti Eveena Coffee, Collagen. Miracle Double X dan perfume.

Saya meneruskan kerjaya saya dalam bidang F&B dengan membuka restoran dan perkhidmatan katering. Saya berjaya menghasilkan produk Sambal Cili Garam, Sambal Lotte, Rendang Kambing Perap, Ayam Panggang, Laksa Nyonya, Asam Pedas, Masak Lemak Cili Api dan akan datang membuka mart. Saya pernah dan masih. mengusahakan butik pakaian.

Untuk 2024 apakah visi dan misi anda?
Visi dan misi saya pada 2024 adalah untuk berjaya dalam bidang keusahawanan dan kesenian.

Apakah cabaran terbesar yang anda hadapi untuk bersaing dengan usahawan yang telah berjaya dan meletakkan SS RESTORAN sebaris dengan yang sudah terkenal? Setiap kejayaan itu mesti melalui cabaran dan dugaan. Cabaran besar yang dihadapi adalah untuk mendapatkan dana yang mencukupi bagi menyediakan tempahan daripda pelanggan. Mendapatkan staff yang komited dan kompeten dalam melaksanakan tugas serta bagaimanamengekalkan kualiti servis dan makanan secara konsisten.
Selain daripda itu perlu memikir dan melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan untuk menarik dan mengekalkan pelanggan.
Sentiasa peka dan mengambil tahu perkembangan dan strategi pesaing. Dalam hal ini perlu sentiasa sabar dan cekal hati serta jangan mudah putus asa apabila berdepan dengan masalah.

Bagaimans anda menghadapi pesaing dalam memastikan jenama anda akan sentiasa sama atau melebihi produk pesaing?
Untuk memastikan jenama produk saya
sentiasa diburu pelanggan dan melebihi jenama produk pesaing saya akan sentiasa update info pesaing dan upgrade produk saya. Saya akan perluaskan marketing strategi dengan menggunakan teknologi terkini dan social media

Apakah rahsia anda untuk terus berjaya, petah bercakap dan disenagi ramai?
Rahsianya ialah sentiasa bersabar dan terus berusaha walaupun menemui kegagalan. Jangan riak dan sombong. Sentiasa senyum dan ceria. Sentiasa mohon pertolongan dan keredhaan dari Allah SWT dan bersyukur atas nikmat yang diberikannya.

5 Tahun dari sekarang anda adalah…
5 Tahun dari sekarang saya adalah seorang jutawan dan berjaya dalam bidang keusahawan di peringkat antarabangsa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *