[1MDB]: MELAWAN PROPAGANDA
Siri 3: Hearsay Jasmine Loo vs Hearsay SPRM
Dah masuk Siri 3 mematah propaganda 1MDB.
Terima kasih yang menyokong Siri 1 & 2. Alhamdullilah dapat lebih 2000 shares. Ini tunjukkan kempen #jihadintelekrakyat makin diterima 
Hari ni seperti biasa, kita pakai topi Majistret dan Hakim. Menilai dengan akal semua bukti. Bukan pakai emosi.
Bismillah…
Sejak keputusan 1MDB keluar, saya nampak ada naratif dari War Room, sepesen sahaja ia dikeluarkan propagandis dan cytro.
Katanya, Hakim salah sebab percaya Jasmine Loo (Penasihat Undang2 1MDB). Hakim salah bila terima pakai bukti yang dia nampak draf surat Raja Arab dalam laptop. Itu semua HEARSAY. Kata mereka dengan konfiden 
SPRM pernah sahkan memang dari Raja Arab, Hakim taknak dengar. Sampai kata keputusan Hakim cacat.
Ini masalah nya bila pakar IT, pakar ekonomi, ahli sukan dan juga jutawan (eh ternyanyi pulak), ada nak jadi terpaling lawyer. Sombong dan bongkak sekali bunyinya. Level tulisan macam boleh ganti Ketua Hakim Negara 
Hari ni marilah kita bagi mereka Tusyen. Apa falasi (kebobrokan) yang timbul dalam hujah tersebut.
FALASI 1: KENYATAAN JASMINE BUKAN HEARSAY
Bila Jasmine Loo katakan dia nampak draf surat dalam laptop. Itu bukan kenyataan HEARSAY yer.
HEARSAY itu bukti “cakap dengar”.
Kita dengar dari orang lain, pastu kita pulak yang cakap dalam Mahkamah.
Senang je nak faham. Contoh:
“Saya dengar A cakap, B lah pembunuh tu”
“Y katakan pada saya, dia nampak Z yang menyamun”
Ini semua hearsay ya. Tak boleh diterima. Dalam Mahkamah, B dan Y lah yang kena bagi kenyataan. Takleh subcon pada orang lain.
Bila Jasmine Loo kata dia nampak draf surat Raja Arab dalam laptop di luar negara. Itu kita panggil “direct testimony”. Kenyataan langsung dari saksi.
“Saya nampak dia berlari keluar dari rumah”
“Saya dengar bunyi tembakan”
Ini semua kenyataan saksi yang mengalami sendiri. Ini boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah.
Admissible jua.
Makanya, sangat lah menyimpang jauh nak kata kenyataan Jasmine Loo itu sebagai hearsay. Ia kenyataan langsung dari saksi.
Inilah dia cacat pertama hujah mereka. Asas undang2 pun tak hadam.
FALASI 2: BUKTI TIDAK BOLEH BERDIRI SENDIRI
Pemikiran Hakim ni bukan level Propagandis ya.
Kalau propagandis, nak buat propa fokus hanya satu naratif.
Hakim nak buat keputusan dia tak bergantung satu bukti. Dia akan guna bukti dokongan.
CORROBORATIVE EVIDENCE kita bilang.
Dalam keputusan Hakim, jelas menyatakan Surat Raja Arab adalah palsu kerana:
1. Tiada dokumen asal diberi kepada Mahkamah. Hanya fotostat.
2. Tiada pengesahan rasmi oleh Kerajaan Arab Saudi.
Di samping itu, ada juga kenyataan dari saksi yang menunjukkan surat itu bukan dari Istana apabila draf surat dilihat dalam laptop geng Jho Low di luar negara. Saksi pula bukan seorang. Bukan sahaja Jasmine Loo nampak, Pegawai Ambank Joanna Yu juga sahkan.
See… Hakim takde lah naif nak dengar satu bukti terus terima bulat2. Semua bukti di Mahkamah macam spider web. Ada sokongan dan dokongan nya.
Ini cacat hujah dan propa ke-2.
FALASI 3: HEARSAY SPRM
Propa selanjutnya: SPRM dah pergi Arab dan sahkan surat tersebut di sana.
Bila dikaji balik, Pegawai SPRM Fikri Ab Rahim sahkan derma Arab itu, bukan melalui Putera Raja. Tapi melalui lawyer dia. Lawyer dia cakap, Putera Raja yang sign dan buat surat.
Inilah cakap dengar. SPRM dengar dari orang lain. Bukan dari “Maker”. Tambah lagi, SPRM pun tak dapat lihat surat asal tersebut.
Ini yang dicatatkan di Mahkamah. Even SPRM tak berpuas hati dengan kunjungan tersebut. Takde profiling boleh dibuat.
Makanya, Mahkamah adalah betul bila menolak dapatan kunjungan SPRM. Dan putuskan hujah derma Raja Arab hanya dogengan.
Tiada cacat celanya di situ.
Bagi kita Rakyat biasa boleh berfikir sendiri. Kalau betul lah derma dari Raja Arab, dah bekas PM Malaysia didakwa dan dihukum.
Takkan keluarga Diraja pakat senyap sahaja. Mereka pun Islam. Takkan mereka biarkan sahabat baik PM6, terkontang kanting sendiri.
Tapi ini tak terjadi. Sejak 2018 mereka menjauhi. Malah bantu dan beri kerjasama kepada Malaysia dan banyak negara lain untuk dakwa kes-kes 1MDB.
Ini kita perlu hadam dan pikir sendiri.
Konklusinya, janganlah cepat percaya naratif propagandis.
Hujah mereka bukan sahaja cacat naratif, malah cacat asas undang-undang.
Kerjaya Peguam dan Hakim ialah kerjaya profesional. Sepertimana doktor, jurutera, akauntan, arkitek. Ada standard dan piawaiannya.
Jarang kita orang biasa persoalkan pandangan doktor, jurutera dan akauntan. Biarkan yang menyoal itu orang berkepakaran juga.
Ini kalau ada juak2 yang konfiden belasah keputusan Hakim “cacat” walhal tak pernah berhujah di Mahkamah, law school pun tak pernah jejak.
Eloklah kita abaikan saja.
Mereka ini set terpaling kekdahnya.
Salam hormat,
Liyana Marzuki





