TURUN NAIK…

TURUN NAIK RAISE THE STAR
.
Jika dinilai corak turun naik prestasi bintang Raise The Star yang sudah masuk minggu ke 6, peserta lelaki masih monopoli kedudukan Top 5. Sementara peserta wanita sukar dijangka akan wibawa mereka.
.
Ini berbalik kepada strategi peserta itu sendiri dalam memilih lagu, persembahan dan nilai kreatif yang dibawa. Secara jujurnya jika dilihat kepada keinginan citarasa para juri, rata-rata inginkan peserta yang cerdik seni. Bukan sekadar boleh menyanyi, tetapi mampu menjadi ‘Bintang’ yang bersinar terang.
.
Pasya dan Rayme dijangkakan mampu ke pentas akhir kerana sentiasa tahu apa yang perlu ada dalam pencarian mencipta ‘bintang’. Sementara Didie dan Hariz mampu mencipta kejutan jika kembali memperbaiki kelemahan diri dan memberikan sesuatu yang agak wibawa pada minggu separuh akhir nanti.
.
Secara jujurnya kedudukan Zury agak goyah kerana statik dengan zon selamatnya. Jika tiada perubahan minggu hadapan, impian Zury akan terkandas kerana tiga peserta wanita pasti akan mengejarnya rapat-rapat. Sementara Aril dan Alif mampu memberi kejutan sekiranya mampu membawakan lagu inggeris yang diberikan dengan lontaran vokal gemersiknya itu.
.
Apapun pertandingan, strategi adalah segalanya. Kalau anda berani keluar dari zon selesa anda dan mencipta sesuatu yang di luar akal pasti anda mara. Jika sekadar biasa-biasa, ada yang lain akan menjadi luar biasa dan memintas anda.
.
TOP 6 Stailista-Glamz RAISE THE STAR – MINGGU 6
.
1. RAYME
2. PASYA
3. DIDIE SHAZRY
4. ARIL ELES
5. HARIZ FAYAHET
6. KEKA
.
#RaiseTheStarMY
#RaiseTheStarMalaysia
#StailistaLevelUp 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *