Kalau ikut logik hidup aku hari ni…
aku patutnya tenang.
Allah bagi macam-macam.
Nama.
Rezeki.
Peluang.
Kehidupan yang dulu aku pernah doa siang malam.
Kalau aku bandingkan…
dengan amalan aku yang tak seberapa,
dengan dosa aku yang aku sendiri tahu,
dengan lalai aku yang berulang kali
jujur aku cakap…
aku rasa macam aku tak layak.
Tak layak untuk semua ni.
Tapi Allah tetap bagi.
Itulah yang buat aku lagi takut.
Aku pandang sekeliling.
Kerusi banyak.
Macam hidup ni.
Ramai orang nak jadi “orang lain”.
Ramai orang nak duduk di tempat yang mereka rasa lebih baik.
Tapi aku sedar satu benda…
Allah tak pernah tersalah letakkan kita.
Kerusi aku… memang untuk aku.
Kerusi orang lain… memang untuk dia.
Dan setiap kerusi tu,
datang dengan ujian yang tak sama.
Orang nampak tempat aku… mungkin nampak nikmat.
Tapi Allah bagi aku rasa sesuatu yang orang tak nampak
rasa risau.
Rasa takut.
Takut kalau semua ni buat aku jauh.
Takut kalau aku hanyut dalam dunia yang aku sendiri pernah kejar.
Takut… kalau satu hari nanti,
aku hilang rasa bergantung pada Allah.
Kadang kadang Allah bagi dunia, bukan sebab Dia redha…
tapi sebab Allah nak tengok… kita masih ingat atau tidak.
Dan aku tersentap.
Sebab aku tahu…
aku tak kuat mana.
Jadi hari ni…
di tengah banyaknya nikmat yang Allah bagi,
aku belajar satu benda
bukan sekadar syukur.
Tapi takut dalam syukur.
Takut kalau aku terllupa.
Takut kalau aku rasa semua ni hasil aku.
Takut kalau aku mula berdiri tanpa rasa berhajat pada Allah.
Akulah Saharul Ridzwan.
Orang kenal aku sebagai pelakon. Sampai sekarang orang bertanya, tak berlakon dah ke skrg?
Seorang Usahawan.
Seorang Founder.
Tapi dalam diam…
aku hanyalah seorang hamba yang sedang berperang dengan hati sendiri.
Antara syukur… dan takut.
Antara nikmat… dan risau kehilangan arah.
Mungkin…
yang paling bahaya dalam hidup bukanlah kekurangan.
Tapi bila Allah bagi terlalu banyak,
sampai kita lupa siapa yang memberi.
Dan mungkin…
kerusi yang kosong di sekeliling aku tu bukan sekadar kerusi.
Tapi peringatan.
Bahawa hidup ini…
bukan tentang siapa duduk di mana.
Tapi…
siapa yang masih ingat Allah,
walaupun duduk di tempat yang semua orang nak.
Catatan : Saharul Ridzwan





