TENTANG JHO LOW

[1MDB]: MELAWAN PROPAGANDA
 
SIRI 4: Ketiadaan Jho Low
 
Siri 3 semalam mencecah 800 shares walaupun kita perlukan 500 sahaja. Terima atas sokongan semua 🇲🇾😊🙏 Kita proceed Siri 4 & 5 ya.
Satu lagi naratif paling kuat dimainkan dalam keputusan 1MDB ialah ketiadaan Jho Low sebagai saksi dan kenapa DS Najib yang kena, bukan dia?
 
Itu sebab undang-undang tidak boleh dicampur dengan politik. Bilamana politik mainkan emosi dan sentimen, undang-undang perlu berdasarkan akal dan jiwa yang sihat untuk menilai.
 
Aristotle mengingatkan, “Law is reason, free from passion.”
James Madison pula menegaskan bahawa tugas pemimpin ialah melindungi akal manusia, bukan membakar emosinya.
 
Mari kita nilai propaganda ini dengan akal. Tolak tepi emosi.
Apa kesalahan DS Najib yang disabitkan kesalahan untuk kes 1MDB?
1. SALAH GUNA KUASA (4 sabitan)
2. PENGGUBAHAN WANG HARAM (21 sabitan)
Dalam kesalahan Salah Guna Kuasa, beliau disabitkan kerana kuasa yang beliau ada sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta Penasihat 1MDB.
 
Beliau menyebabkan 1MDB, atas arahan beliau secara langsung atau tidak langsung melalui Jho Low, mengeluarkan dana berbilion ringgit untuk diserahkan ke syarikat Tanore milik Jho Low.
Dan aliran wang seterusnya dibuktikan masuk ke akaun peribadi PM6.
Mahkamah ringkas merumuskan: bila seorang yang ada kuasa benarkan duit berbilion masuk akaun peribadi tanpa sebab dan alasan yang sah, maka jadilah kesalahan salah guna kuasa.
 
Di sinilah hikmah akal yang perlu kita pegang.
Isunya, yang memegang kuasa bukan Jho Low. Yang pegang kuasa ialah Perdana Menteri.
 
Makanya bila dana 1MDB terbukti masuk ke dalam akaun peribadi PM6 dan dibelanjakan sendiri, ada lagi 21 kali buat money laundering. Ini bukan semua Jho Low lakukan. Beliau lakukan sendiri.
Saksi dan bukti salah guna kuasa dan pemberian wang haram kepada badan politik dan syarikat media untuk propaganda dilakukan beliau sendiri. Bukan Jho Low ya.
 
Tiada Jho Low pun ia boleh berdiri.
Konklusinya, kenapa ketiadaan Jho Low tidak membawa impak kepada sabitan kes? Kerana nature atau intipati kes adalah atas tindakan DS Najib sendiri. Dia yang salah guna kuasa. Dan wang haram itu dia yang belanja.
 
Jho Low banyak kesalahan lain ya. Ini dialah culprit dan alter ego Najib juga. Dia benefit sama. Kita harap next dia pula yang kena. Kerajaan jangan tutup mata.
 
Pada saya, kesilapan terbesar PM6 ialah melindungi Jho Low dari mula. Kenyataan beliau berubah-ubah banyak kali.
Dari berkata Jho Low tiada peranan langsung dalam 1MDB, hinggalah pada akhirnya dia kata Jho Low tipu dia. Itulah alasan yang diguna dalam bicara.
Beliau juga katakan Jho Low sepakat dengan majoriti pegawai 1MDB, dan ramai penjawat awam nak menipu dan mengena dia ini.
 
Termasuk dari PMO (SUSK dia sendiri), pegawai MOF, Bank Negara, AGC dan Kehakiman.
Dia apa pun tak tahu jua. Mereka semua ini yang jahat ya. Walaupun duit 1MDB itu dia yang belanja.
 
Isunya, bila dia tahu dia ditipu, Mahkamah tanya kenapa tiada laporan polis dan tindakan? Tiada apa yang dibuat. Sampai PRU14 dia masih lindungi Jho Low. Cuma last minute defence baru dia ngaku “Tipah Tertipu”.
 
Ini orang nombor satu berkuasa dalam negara. Mengaku ditipu orang muda. Menyebabkan negara rugi berbilion pula. Bagaimana kita nak letak muka sebagai sebuah negara bila dipandang negara luar sana? Kes ini kes kleptokrasi terteruk yang pernah ada.
 
Pada saya, pasukan pembelaan dia salah strategi. Patut disalahkan Jho Low dari awal lagi. Ini masuk last minute selepas kenyataan berpusing-pusing.
Mula cakap ditipu dalam media. Lepas itu cakap salah quote pula. Akhirnya, itulah juga yang diguna oleh Lawyer Shafee di Mahkamah.
Pembelaan DS Najib sangat lemah. Ramai tanya takkanlah peguam dia lekeh sangat.
 
Tapi sebenarnya orang dah boleh baca. Mahkamah ini bukan yang mereka sasar untuk lepaskan DSNR. Yang mereka hendak ialah court of public opinion, bukan Mahkamah sebenar.
Ada tujuan dan niatnya. Ada game yang ramai dari kita tidak sedar.
Itu kita kupas dalam Siri 5 ya 😊
 
Mari kita kempen Madani bawa pulang Jho Low pula!
 
Salam hormat,
Liyana Marzuki

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *